Oleh: Siti Fairuz Rohaliza Ejahar (KAB)

Kuala Linggi – Menyedari kepentingan melestarikan alam sekitar, seramai 100 orang sukarelawan mahasiswa Kolej Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini membersihkan sekitar pantai Fort Supai di daerah ini.

          Program dengan kempen ‘Santuni dan Sayangi Pantai Kita’ itu dengan kerjasama Kelab Rakan Alam Sekitar UPSI (RAS) serta sebuah syarikat pengurusan kelestarian alam tempatan, Syarikat Sustainability Solutions berjaya mengumpulkan lebih 428.8 kilogram sampah sarap dan bahan boleh dikitar semula seperti botol dan kaca.

Mahasiswa UPSI mengutip sampah dan memasukkan ke dalam guni untuk dikumpulkan

Menurut Pengarah program Santuni dan Sayangi Pantai Kita, Muhammad Haikal Mohd Azman berkata, program tersebut bukan saja dapat memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa khususnya dari sudut pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, sebaliknya dapat memupuk budaya bekerjasama kalangan para mahasiswa.

             “Demi kelestarian dan kebersihan alam sekitar sentiasa terjaga, mahasiswa hari ini perlu ambil peduli terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar sebagai satu warisan untuk generasi akan datang,” jelasnya

Haikal Mohd Azman (kanan) bersama rakan rakan mengasingkan bahan kitar semula mengikut kategori.

Turut hadir, Penasihat Program, Fawiz Bakri berkata penglibatan mahasiswa UPSI yang merupakan bakal pendidik masa depan amat penting untuk memberi kesedaran kepada generasi seterusnya  terhadap pentingnya mengambil cakna eko sistem negara sentiasa dalam keadaan baik selari dengan matlamat Sutainable Development Goals (SDG).ePena

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)