Oleh: Yang Mulia Tengku Amir Ashraf Tengku Hamzah (Pegawai U-Media WEZAS)
Foto: Nurul Hasniza Mohd Rashid
Tanjong Malim: Seramai lebih 95 pelajar asnaf Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menerima bantuan berjumlah RM27,500 daripada Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Menurut Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman, program ini adalah salah bentuk bantuan jangka panjang kepada golongan mahasiswa berkaitan menggunakan dana zakat yang disumbangkan oleh kakitangan universiti dan badan korporat yang prihatin
“Pada suku tahun pertama tahun 2023, WEZAS telah mengagihkan zakat sebanyak RM750,263.65 untuk manfaat lebih daripada 1000 pelajar dan kakitangan UPSI,” ujar beliau ketika berucap dalam program Majlis Jalinan Kasih Ramadan di Masjid Al-Mursyiddin Kampus Sultan Azlan Shah di sini semalam.
Turut hadir, Pengarah WEZAS, Prof. Madya Dr. Abdul Nasir Abd Latif berkata, para penerima bantuan ini dipecahkan kepada empat kategor iaitu kelompok pertama para pelajar yang ditawarkan bantuan jangka panjang dibawah Program Sulong yang dilancarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2022.
“Kelompok kedua ialah penerima dermasiswa zakat yang mendapat perhatian khusus daripada pihak WEZAS manakala kelompok ketiga pula adalah penerima Bantuan Khas Saudara Baru yang menyasarkan kepada mana-mana pelajar yang baru memeluk agama islam,” jelasnya.
Kelompok keempat dan terakhir ialah, golongan sasar yang terdiri daripada para pelajar yang tidak mendapat tajaan atau pinjaman daripada mana-mana agensi.
Sementara itu, Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff menerusi kenyataan berkata walaupun terdapat pelbagai inisiatif program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan pelajar terkesan tetapi sebagai pusat pengajian tinggi, UPSI sentiasa menjalinkan pelbagai kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat korporat bagi menyuburkan lagi usaha murni tersebut.
“Usaha ini juga merupakan salah satu daripada lima belas skim bantuan zakat ditawarkan oleh WEZAS kepada pelajar dan kakitangan yang memerlukan, diharapkan dapat membantu golongan sasar ini meneruskan pengajian di kampus sesuai dengan hasrat universiti untuk Merealisasikan Impian Pendidikan para asnaf di UPSI,”
Turut hadir sama adalah wakil-wakil daripada penyumbang badan korporat iaitu, Maybank Islamic Bank Berhad, Fibrecomm Network (M) Sdn Bhd. dan UPSI Holding Berhad, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, kakitangan dan para pelajar.
Nota Pengarang: Terima kasih kepada semua penyumbang sedekah mahupun zakat. Semoga harta yang diinfak subur dan suci