Oleh: Mohd Ali Abd. Malek (Pegawai U-Media Pusat Islam UPSI)

Tanjong Malim – Pusat Islam dengan kerjasama Masjid Al Mursyidin telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertempat di Masjid Al Mursyidin semalam.

Majlis telah dihadiri oleh Pengarah Lembaga Pengarah UPSI, Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah, Naib Canselor Profesor Datuk Md Amin Md Taff, Pendaftar Encik Helmi Zaifura Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor ( Akademik & Antarabangsa ) Profesor Dr. Marzita Puteh, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi ), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar dan warga UPSI.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar – pelajar asnaf di UPSI. Majlis ini mendapat tajaan daripada WEZAS yang menyumbang sebanyak RM 45,000 sebagai Sumbangan Berbuka Puasa Harian dan RM 7,000 kepada Imam Terawih dari kalangan pelajar ISM Tahfiz dan Qiraat, UPSI.

Selain daripada itu majlis berbuka puasa perdana ini juga mendapat tajaan 10 ekor kambing golek daripada Pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Manakala Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI juga turut menaja Sumbangan Sahur, Berbuka Puasa dan Duit Raya kepada pelajar – pelajar UPSI.

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, Allah SWT memberkati seluruh kepimpinan UPSI dan mendoakan semoga UPSI menapak maju dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. – ePena.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)