Oleh: Nurul Ainie Abdullah (Pegawai U-Media PPA)
30 Mac 2023
Tanjong Malim – AKIRA atau Anugerah Akademia BITARA adalah gabungan antara Anugerah Akademia UPSI (A2U) anjuran Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dan Anugerah BITARA Penyelidikan dan Inovasi (AURA) anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC).
AKIRA ini ialah suatu wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik UPSI dan juga staf pentadbiran yang membantu bidang akademik.
PPA telah mengadakan satu jerayawara AKIRA2022 pada 29 Mac 2023 yang disampaikan oleh Ybrs. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof Dr. Marzita binti Puteh, Pengarah PPA, Prof Madya Dr. Normah Jusoh dan juga Penyelaras PPA, Dr. Yuhanis Mhd Bakri.
‘’Penganjuran AKIRA2022 adalah bagi mencapai objektif meraikan sambutan Hari Akademia UPSI, memartabatkan kesarjanaan Akademia UPSI, meningkatkan keberhasilan produktiviti ahli akademia melalui penghargaan yang diberikan oleh pihak universiti dan seterusnya menempa nama di peringkat tertinggi di samping ke arah meningkatkan ranking UPSI dan QS Ranking melalui kriteria penganugerahan,’’jelas Marzita.
Jerayawara ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Webex. Melalui jerayawara ini telah dimaklumkan mengenai hebahan permohonan dan pencalonan Anugerah Akademia BITARA 2022 (AKIRA2022) yang telah dibuka kepada semua kakitangan UPSI.
Permohonan bagi anugerah ini juga boleh dilayari melalui laman sesawang http://a2u.upsi.edu.my/ untuk maklumat lanjut. Manakala tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2022 (Rabu) jam 5.00 petang.
Pautan laman sesawang PPA bagi Video Rakaman Jerayawara yang telah diadakan pada 29 Mac 2023 dan Slide Taklimat Anugerah Akademia BITARA 2022 (AKIRA2022) juga disediakan bagi memudahkan capaian oleh setiap kakitangan UPSI melalui https://ppa.upsi.edu.my/roadshow.
Pada tahun ini juga, penyelaras AKIRA bagi setiap fakulti telah dilantik bagi menyelaras pencalonan dan permohonan bagi setiap fakulti. – ePena