Oleh: Nurul Ainie Abdullah (Pegawai U-Media Pusat Pembangunan Akademik)
Tanjong Malim : Majlis Berbuka Puasa Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan pada 6 April yang lalu, dihadiri oleh 35 kakitangan serta ahli keluarga telah diadakan di Bilik Mesyuarat CAPEU, Bangunan Canselori dengan berkonsepkan potluck yang merupakan acara tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadhan.
Kelab Kakitangan PPA telah menaja menu utama iaitu Nasi Minyak manakala juadah yang lain seperti roti jala, kuah kari, cucur udang, kuah kacang, aneka kuih muih, buah-buahan, kek, cocktail, puding, murtabak, roti John, pizza dan bermacam-macan pemanis mulut dibawa sendiri oleh kakitangan.
Menurut Pengerusi Kelab PPA, Encik Syed Nur Shairazi Syed Ramli, Kelab Kakitangan PPA akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa yang melibatkan pelbagai konsep dan tema bagi setiap tahun.
“Sebelum ini setiap kali tibanya bulan Ramadhan, Kelab Kakitangan PPA akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa seperti di restoran ataupun di Hotel Scholar Suites UPSI. Walau bagaimanapun, bagi tahun ini kelab bersetuju dengan tema yang berkonsepkan potluck”, jelasnya.
Majlis Berbuka Puasa ini turut dihadiri oleh Pelajar Latihan Industri dan juga Skim Pelajar Bekerja di PPA yang telah banyak membantu dalam penyediaan dan persiapan tempat bagi majlis ini.
Semua kakitangan PPA bergambar pada awal majlis dan menunaikan solat Maghrib bersama di ruang solat yang disediakan di Bilik Mesyuarat CAPEU.
Selain dapat mengeratkan silaturahim antara kakitangan, majlis seperti ini juga dapat memberi peluang kepada ahli keluarga kakitangan untuk saling mengenali antara satu sama lain.