Tanjong Malim – Kelab Sahabat Ulul Albab dengan kerjasama Pusat Ulul Albab (PUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melaksanakan program Bicara Khalifah sebanyak tiga siri pada setiap hari sabtu bermula 25 Mac sehingga 08 April yang lalu.
Program Bicara Khalifah merupakan salah satu program yang berada di bawah program besar iaitu Ramadhan With KeSUA 3.0 (RWK 3.0) yang disiarkan menggunakan saluran “FB Live” bermula pada 5.00 hingga 6.30 petang.
Program ini telah menampilkan seramai dua panel dan seorang moderator berbeza setiap minggu di mana pada minggu pertama, Bicara Khalifah siri 1 dengan tajuk Starter Kit Ramadhan telah menampilkan DMY Hidayah dan DMY Dina sebagai panel. Manakala pada minggu kedua, Bicara Khalifah siri 2 telah menampilkan saudara Amir Izwan dan saudara Faiz Farhan sebagai panel bagi mengupas tajuk Magnificent of Ramadhan. Seterusnya, pada minggu terakhir, panel yang ditampilkan untuk perkongsian ialah DMY Hafiz Din dan saudara Afzan Zami. Tajuk Bicara Khalifah siri 3 ialah Menelusuri Hikmah Nuzul Quran dalam Membangun Malaysia Madani dipilih selaras dengan tema Malaysia ketika ini dan juga bertepatan dengan hari Nuzul Quran pada tarikh tersebut.
Menurut Pengarah Program Bicara Khalifah, Fatin Amni, program ini dilaksanakan bagi mengisi waktu lapang peserta pada waktu petang sebelum berbuka puasa. Selain mengisi waktu kosong diantara waktu berbuka dengan mendengar perkongsian ilmu, peserta juga turut mendapat manfaat dan ilmu baharu darinya serta bertukar pandangan antara peserta di ruangan komen FB Live menunjukkan wujudnya diskusi dan penerimaan positif daripada kalangan peserta.
Setiap perkongsian daripada barisan panel di setiap siri Bicara Khalifah menekankan kepada konsep ramadan yang sebenar serta kelebihan ramadan kepada manusia dan masyarakat.