oleh: Maziah Zee Abdullah (Pegawai U-Media IPM)
Tanjong Malim – Sebanyak 45 buah karya lukisan yang dihasilkan oleh 45 orang guru seni terpilih seluruh negara dipamerkan dalam Pameran Seni Visual Guru Seni 2023 Melakar Malaysia Madani.
Mengangkat tema Malaysia Madani, pameran ini menjadi medan penghargaan kepada seluruh pendidik atas jasa bakti mereka mendidik dan membentuk anak bangsa memacu kesejahteraan negara.
Penghargaan tersebut diapresiasikan dalam bentuk lukisan yang mengenengah idea dan kreativiti
menerusi olahan karya visual dalam pelbagai medium seni, memaparkan semangat Guru Insani
Pemangkin Generasi Madani.



Pameran berlangsung dari 15 Mei hingga 16 Jun 2023 bertempat di Galeri Seni UPSI, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu dibuka kepada orang awam secara percuma.
Pameran dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali hari Ahad.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi En Zu Shimalain di talian +6014-500 9984 – ePena