oleh: Nurul Aida Mohamed Adam & Dr. Nadratun Nafisah Abdul Wahab (EDGE)
KUALA LUMPUR 28 MEI – Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar Universiti Malaya dengan kerjasama Sekretariat Keusahawanan Universiti Malaya (UMES) telah menganjurkan UMPRENUER Expo & Fair. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang pelbagai cabang dalam bidang keusahawanan serta melahirkan lebih ramai usahawan yang inovatif dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu produk yang baru yang boleh menyumbang kepada ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menghantar seramai 120 pelajar untuk turut terlibat dengan program tersebut. Pihak UPSI melihat dengan penglibatan ini dapat memberikan peluang kepada UPSIPRENEUR menambah ilmu bidang perniagaan dan berdaya saing di Umpreneur Expo & Fair. Selain itu, Memberi pendedahan kepada pelajar UPSI suasana perniagaan oleh mahasiswa univerisiti lain dan meningkatkan kreativiti dan nilai inovasi dalam perniagaan terhadap diri pelajar serta melatih semangat bekerjasama di antara satu sama lain.
Daripada program ini, para pelajar yang terlibat telah mendapat pengalaman yang berharga melalui perkongsian daripada pembentangan perniagaan. oleh pelajar UM. Begitu juga, informasi dan pengalaman sebenar yang disampaikan oleh panel penceramah yang hebat yang terdiri dari pelajar UPSI Puan Nurul Afifah binti Zainul Azhar, alumni UPSI dan UM.