Tanjong Malim – Program Al-Mursyidin Kitchen inisiatif Pusat Islam UPSI dan Masjid Al-Mursyidin telah memberi wajah baru kepada konsep program yang pernah diadakan sebelum ini berbentuk gotong royong memasak dan jamuan makan. Namun, buat julung kalinya Pusat Islam telah menyediakan pek makanan dan diagihkan terus oleh kakitangan Pusat Islam dibantu Majlis Perwakilan Pelajar kepada Mahasiswa dan Mahasiswi UPSI yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan.

Program yang berlangsung pada 18 Julai yang lalu inisiatif hasil sumbangan jemaah Masjid Al-Mursyidin dan seluruh warga UPSI yang selalu memberikan sokongan dalam program yang telah dilaksanakan. Sebanyak 500 pek telah diedarkan kepada pelajar UPSI di Kampus Sultan Azlan Shah dan Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Edaran makanan ini turut disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Puan Hajah Maskana binti Haji Ahmad.

Program ini juga bertujuan membantu meringankan beban pelajar di penghujung semester sekaligus memanfaatkan dana sumbangan Masjid Al-Mursyidin. Disamping itu, program ini juga menyokong matlamat pembangunan lestari dalam aspek kelaparan sifar dan juga mencapai jaminan makanan dan nutrisi yang lebih baik untuk pelajar UPSI. Semoga inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan jumlah yang lebih besar untuk diagihkan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)