Oleh: Zulaikha Abdullah dan Aisyatul Nazifah

TANJONG MALIM – Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) menerusi Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan Bengkel Pembentukan Takwim MMKLK Sidang 2023/2024 bertempat di Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), pada 01 hingga 02 Ogos 2023.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dihadiri seramai 27 peserta dalam kalangan MMKLK yang bertujuan memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan program-program berimpak tinggi serta merancang dan membentuk takwim tahunan bersama-sama bahagian pentadbiran dan felo-felo kediaman UKLK.

Pengetua UKLK, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob

Pengetua UKLK, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob dalam ucapannya sewaktu merasmikan bengkel ini berkata matlamat bengkel ini dianjurkan untuk memastikan setiap barisan kepimpinan MMKLK mampu menghasilkan program yang bermanfaat dan berkolaborasi bersama-sama pihak luar, sekali gus mencerminkan imej yang baik kepada pihak luar bahawa UPSI adalah setanding dengan universiti lain dalam melahirkan mahasiswa holistik yang berdaya saing.

Tambah beliau, tampuk kepimpinan yang cemerlang bergantung kepada organisasi itu sendiri sama ada mampu memberikan komitmen yang padu atau sebaliknya. Program yang dianjurkan bukan sahaja menghasilkan impak tinggi kepada universiti semata-mata bahkan memberi manfaat kepada komuniti tempatan khususnya di sekitar UPSI. Justeru, Ghani menyeru kepada MMKLK supaya cakna terhadap input yang disampaikan di dalam bengkel yang merangkumi aspek pengurusan kewangan, etiket dan media, penyediaan kertas kerja dan penyediaan laporan program.

Slot Etiket dan Media

Adalah diharapkan agar barisan MMKLK sidang baharu ini dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman dalam menguruskan organisasi demi membentuk lapisan kepimpinan holistik yang berkualiti tinggi serta seiring dengan matlamat yang terkandung di dalam aspirasi Pelan Pembangunan Malaysia 2015-2025, iaitu melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuan Malaysia serta menguasai kemahiran insaniah dalam memenuhi kebolehpasaran kerja.

Pembentangan takwim program oleh MMKLK kepada ketua felo.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)