TANJUNG MALIM: Seramai 200 Rakan Millenia atau sukarelawan daripada kalangan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris berkampung di Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak bagi mengikuti bengkel Pemantapan Rakan Millenia yang berlangsung selama tiga hari dua malam bermula pada 4 Ogos hingga 6 Ogos lalu.

Bengkel Pemantapan Rakan Millenia ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui Seksyen Pembangunan Sahsiah. Beberapa aktiviti yang menerapkan adab dan ilmu telah dilaksanakan bagi mengetengah pemerkasaan mahasiswa. Bengkel ini turut disertai oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bengkel ini bertujuan adalah sebagai persiapan untuk menyambut seramai lebih 571 pelajar diploma dari seluruh pelosok tanah air yang akan mendaftar ke UPSI. Bengkel ini juga adalah bagi memberi pendedahan kepada Rakan Millenia untuk mengenali cara kerja yang akan dijalankan ketika kemasukan pelajar diploma ambilan Ogos 2023/2024 ke Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 13 Ogos nanti.

Salah satu tugasan yang diberikan perlu memuat naik satu gambar kreatif dengan berswafoto bersama ahli kumpulan – FOTO: Iqmal UPSI

Sementara itu Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Nik Ahmad Nuri bin Nik Ismail, berkata bengkel Rakan Millenia ini juga membentuk karakter mahasiswa yang holistik dari sudut kepimpinan dan kesukarelawanan.

Mereka juga turut diberi pendedahan dalam menguruskan aktiviti dan program sepanjang bengkel tersebut berlangsung selari dengan fokus Kementerian Pendidikan Tinggi pada kali ini untuk memperkasa mahasiswa iaitu mereka diberikan kebebasan sepenuhnya dalam menguruskan aktiviti dan juga program.

Dari mahasiswa kepada mahasiswa menjadikan persiapan bengkel ini lebih berfokuskan kepada memberi pemantapan Rakan Millenia sebelum menerima mahasiswa diploma yang Baharu.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)