Kulim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bekerjasama dengan sebuah syarikat multinasional, INTEL dalam program “Helping Hands, Helping Hearts”: Community Outreach Program.     Program yang melibatkan 50 orang terdiri daripada kakitangan dan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dan 70 orang dari INTEL yang dijalankan di Rumah Amal Kulim (RAK), Kulim. Program ini  bertujuan bagi mempromosikan 3 Dasar OKU yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu (1)advokasi: meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif kepada OKU dalam masyarakat menerusi program yang berkesan, (2)sosial : meningkatkan kemudahan dan menggalakkan penyertaan OKU dalam aktiviti sosial dan (3)penglibatan masyarakat: menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam program pembangunan OKU.

Gambar Majlis Penyerahan Cenderamata dalam majlis penutup melibatkan UPSI INTEL dan RAK

Timbalan Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI, Prof Madya Ts Dr. Mahizer bin Hamzah yang turut hadir dalam  berkata “program sukarelawan seperti ini harus diteruskan lagi dalam kalangan mahasiswa kerana ianya memberi pendedahan secara praktikal kepada mereka. Program seperti ini juga menjadi satu platform khas untuk mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris menjadi lebih peka dengan OKU supaya mereka jelas tentang hak dan kesaksamaan yang harus diberikan kepada OKU. Ini turut membuka peluang agar lebih banyak aktiviti kerjasama dijalankan secara bersama UPSI dan INTEL

Semasa dihubungi, Pengarah program Operasi Khidmat Masyarakat, Saudari Syazalia Sukiman berharap agar program ini disambut baik pelaksanaannya oleh segenap lapisan mahasiwa UPSI  dan seterusnya menggalakan OKU lebih inklusif bersama masyarakat MADANI. Aktiviti ini juga adalah gabungan FPM dan Kolej Aminuddin Baki bagi membawa sukarelawan yang terlibat. Selain aktiviti gotong royong pembersihan kawasan RAK, turut dijalankan adalah semaian dan jualan sayuran  RAK dan lukisan mural. Pensyarah kanan Jabatan Pendidikan Khas, FPM, Dr Hasrul bin Hosshan yang juga Ahli Majlis Kebangsaan OKU telah menjalankan bengkel kepada ibubapa RAK semasa program ini berjalan.

Mahasiswa UPSI merakam kenangan bersama pengurusan tertinggi INTEL dan Rumah Amal Kulim

INTEL telah banyak menjalankan khidmat masyarakat bersama komuniti RAK sejak 2010. Menurut En Mohd Hasri Mohd Hasrizan, wakil Intel berkata, “Penganjuran ini sangat istimewa kerana buat pertama kali berkerjasama bersama UPSI. Ini satu peluang untuk INTEL terus bergerak bersama-sama agensi lain terutama Universiti Awam dalam menjayakan misi dan visi INTEL dan memulangkan semula kepakaran dan sumbangan kepada masyarakat.

Dalam majlis penutup yang sama turut dirasmikan sambutan kemerdekaan peringkat RAK. Pengerusi RAK, Tuan Haji Zulbakri Shuib berkata “RAK sangat berbangga UPSI dan INTEL dapat bersama-sama dalam khidmat masyarakat kali ini. Beliau juga tekankan RAK sangat terbuka untuk lebih ramai pihak dapat menyumbang tenaga dan bakti kepada OKU di RAK.”

Mahasiswa UPSI dan INTEL melakukan aktiviti bersama anak-anak di Rumah Amal Kulim