Oleh: Ali Zainal Abidin, Pusat Kokurikulum

Tanjung Malim:  Sambutan Malam Ambang Merdeka 2023 Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) disambut meriah di Perkarangan Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton

Program anjuran Pusat Kokurikulum dan Fakulti Sains Kemanusian ( FSK) yang membawa tema kemerdekaan kali ke-65, “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” itu dihadiri lebih 2000 hadirin dari pelbagai lapisan masyarakat sekitar UPSI dan Muallim yang membanjiri Perkarangan Stadium UPSI.

Antara mahasiswa UPSI yang menghadiri program Ambang Merdeka UPSI 2023 di Perkarangan Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Mahasiswa UPSI mengibarkan Jalur Gemilang

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk  Dr Md Amin Md Taff yang berucap sebelum detik jam 12.00 tengah malam itu berkata dalam mencari erti sebuah kemerdekaan, tidak cukup sekadar mengerti derita sebuah penjajahan, bukan juga sekadar mengetahui selok belok perjuangan generasi lampau dalam mendapatkan kemerdekaan suci ini walaupun hal demikian juga penting kerana tanpa perit jerah dan keringat yang mereka korbankan, keamanan yang kita kecapi hari ini tidak mungkin terjelma.

Katanya, kesyukuran kita terhadap nikmat kemerdekaan ini mestilah diterjemahkan dalam bentuk kecintaan kita kepada institusi yang menjadi tempat kita mencari rezeki.

“Program yang kita laksanakan pada malam ini juga adalah  satu langkah untuk mengingatkan semula bahawa kita sudah merdeka pada tanggal 31 Ogos ini dan ia merupakan satu nikmat yang perlu disyukuri, ” katanya ketika merasmikan sambutan Ambang Merdeka semalam.

Sempena program Ambang Merdeka 2023 pelbagai program dan aktiviti dijalankan Madani Fun Run Merdeka yang disertai lebih 500 peserta yang  membabitkan warga UPSI dan Muallim di sekitar  Kampus Sultan Azlan Shah.

Persembahan Tarian Etnik Borneo oleh mahasiswa UPSI

Terdahulu diadakan persembahan  tarian etnik Malaysia, dan pertandingan Shining Star seterusnya persembahan mahasiswa UPSI yang  menyanyikan lagu-lagu patriotik antaranya Calvin Kallang Shon dengan lagu “Warisan”.

Selain itu diadakan deklamasi puisi ” Potret Salam Muzium Bangsa” oleh adik Amira Zayana Zuhairi, syair  “Negara Merdeka” oleh Syahira Punawi; deklasi puisi oleh Imran Mursyid William dengan judul ” Merah Bunga Darah Wira”.

Kakitangan Pusat Kebudayaan UPSI menerusi The Pegawai Band  turut membuat persembahan nyanyian yang memukau hadirin.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)