Oleh: Nur Amira Zayana Zuhairi (Pelajar Latihan Industri PUSKEB)
Kuala Lumpur – Pada 26 dan 27 Ogos lalu, Pusat Kebudayaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bekerjasama memeriahkan Panggung Bandaraya dengan menampilkan persembahan teater “Monodrama Kara” .
Program yang bermula pada jam 8.30 malam pada 27 dan 28 Ogos 2023 itu dihadiri oleh tetamu jemputan khas Penaung Kelab Pemuisi Nasional (PEMUISI),Tan Sri Hamad Kama Piah; Presiden PEMUISI, Datuk Dr Razduan Ibrahim serta Jeneral Brigidier Dato’ Dr Mohd Radzi Hamid bagi memeriahkan majlis .
“Monodrama Kara” mempersembahkan enam naskah penuh dengan jalan penceritaan yang pelbagai dengan membariskan enam pelakon hebat iaitu Adam Lee,Lin Haslina, Jay Iswazir, Sani Sudin, Juwita Rosli,Mardiana dan Fazreen Mohd.
Persembahan menarik itu memperlihatkan transisi karakter dan watak yang berbeza dalam menyampaikan pelbagai mesej yang lekat dalam fikiran penonton.Teater yang dibawakan mengandungi makna tersirat dengan pelbagai pengajaran yang berteraskan realiti kehidupan masyarakat.
Sambutan hangat penonton yang datang dari pelbagai golongan masyarakat menunjukkan satu titik tolak kepada penerimaan masyrakat kepada genre teater ini.
Pengarah Pusat Kebudayaan UPSI, Dr Norzuriana Mohd Nor berkata platform penganjuran bersama ini adalah peluang yang baik kepada UPSI untuk membangunkan kemenjadian pelajar dalam pengurusan seni agar mampu menempatkan diri dalam industri persembahan pada masa hadapan.
“Pelajar dan staf UPSI yang terlibat dalam pengurusan monodrama ini, turut membuat persembahan pada acara tersebut ialah kumpulan muzik UPSI yang dikenali sebagai The Pegawai Band. Persembahan selama lebih satu jam tersebut turut diserikan dengan persembahan selingan yang dibawakan oleh Maizatul Fariza Mansor yang berjaya membuai perasaan penonton yang hadir.
Justeru, katanya, penganjuran acara ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam masyarakat agar nilai dalam karya seni tidak pupus ditelan zaman dan monodrama terus berkembang di Malaysia.