Oleh: Norrulkamari Daud & Nur Syahirah Md Husri

TANJONG MALIM – Buat julung kalinya Exco Kesenian dan Kebudayaan Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) sidang 2023/2024 Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh, UPSI telah berjaya menarik seramai 1400 penonton yang menggegarkan Auditorium Utama, UPSI pada 4 November lalu.

Penganjuran program yang sangat gemilang ini telah dihadiri oleh kebanyakannya adalah mahasiswa/i UPSI, kakitangan dan warga Muallim dengan mendapat tajaan utama daripada Rhythm Out Kuala Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara dan The Warong Ayam Gepuk Tanjung Malim sangat membantu dalam usaha menjayakan program yang sungguh prestij ini.

Program ini berkonsepkan ‘America Got Talent’ yang masih mengekalkan kesenian dan kebudayaan global serta membuka peluang kepada mahasiswa/i terutamanya dalam menonjolkan bakat melalui persembahan yang bertemakan kesenian dan kebudayaan. Ribuan penonton yang hadir telah  disajikan dengan pelbagai jenis persembahan menarik antaranya Monolog Cinta,  Beat Box, Acapella, Nyanyian Duet, Tarian Kontemporari, Street Dance dan sebagainya mampu memukaukan penonton yang hadir pada malam tersebut. Seramai 10 peserta ini telah melalui ujian saringan pada tiga hari sebelumnya dan berjaya mara ke final bagi memenangi pertandingan ini.

Dr. Talib semasa ucapan perasmian program Malam Citra Budaya

Prof. Madya Dr. Abd Talib Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia telah merasmikan program hebat ini dengan penuh semangat. Dr. Talib berkata, “program sebegini mampu turut diteruskan lagi pada masa akan datang yang mampu memberi impak besar kepada AJK pelaksana mahupun mahasiswa/i UPSI. Beliau juga turut memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI akan berkerjasama dengan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan dalam program mencungkil bakat pelajar-pelajar yang melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat sebagai persediaan untuk persidangan Dance and The Child International (daCi) di Malaysia (UPSI) tahun 2027. Sekiranya pelajar PAKK yang berpotensi dan memenuhi kriteria juga akan dipilih untuk ke persidangan anjuran daCi di Slovenia pada tahun tahun 2024. Jadi di sinilah platform yang sangat sesuai untuk mencungkil bakat pelajar”, katanya sewaktu merasmikan Malam Citra Budaya ini.

Pengarah program Malam Citra budaya, Putra Daniel Akasha Mohd Shamsukri berkata, beliau mengucapkan rasa syukur atas penganjuran dengan kehadiran ribuan penonton ke program tersebut. Menurut beliau, program ini sebenarnya adalah hasil dorongan daripada pelbagai pihak, terutamanya sokongan ibu bapa, penasihat persatuan iaitu Norrulkamari Daud yang banyak membimbing dan membantu dalam menjayakan program ini. Beliau berkata lagi, dengan adanya Ahli Jawatankuasa (AJK) Pelaksana program yang sangat komited dan bertungkus lumus untuk kejayaan program ini, sekalung ucapan tahniah penghargaan daripada beliau kepada pihak terlibat.

Ahli Jawatankuasa program Malam Citra Budaya yang terlibat menjayakan program

Program ini juga telah dihakimi oleh 4 orang penilai terbaik dalam mengadili setiap persembahan ini iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Halim (Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI), Mohamad Asri Othman (Pusat Kebudayaan UPSI), Mohd Imran Abdullah (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI) dan Shahazwani Nafisha (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI).

Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian Damai Yang Hilang oleh salah seorang juri serta persembahan duet pengarah program dan juri bagi program tersebut. Hos utama program iaitu Ilhan Shah dan Fathen Nafeesya menutup tirai program dengan mengumumkan keputusan pertandingan Malam Citra Budaya, Johan jatuh kepada saudara Ariff bagi persembahan Street Dance dengan merangkul wang tunai RM 300 dan sijil penghargaan, manakala Naib Johan  iaitu Tarian Kontemporari oleh 2 Faces dengan merangkul wang tunai RM 200 dan sijil penghargaan. Syabas dan tahniah kepada para pemenang.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)