Oleh: Fathen Nafeesya Neza Khairulniza

TANJONG MALIM – Pelajar yang mengambil jurusan ‘pendidikan’ sering dikaitkan dengan pekerjaan sebagai seorang guru pada masa akan datang. Kontradiksinya, tahukah semua bahawasanya program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) tergolong dalam sektor perniagaan?

Itulah yang disampaikan oleh panel jemputan istimewa, seorang alumni PAKK UPSI tahun 2012, Rahmah Taib bersama moderator, Syarfa Aliah Syaiful Azhar melalui slot perkongsian semasa Program Serumpun Kasih PAKK (SERAK) anjuran Exco Akademik dan Kerjaya, Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak sidang 2023/2024 pada 15 November lalu.

Program yang dilaksanakan di Dewan Kuliah Pusat (DKP1) UPSI itu telah dihadiri hampir 400 kehadiran mahasiswa/i program PAKK, Fakulti Pembangunan Manusia bersama pihak pengurusan fakulti  iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), FPM, barisan pensyarah PAKK dan juga kerjasama bersama Pengarah Pusat Alumni UPSI.

Melalui perkongsian program SERAK yang bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan dan pengalaman kepada mahasiswa/i tentang hala tuju dan kerjaya dalam bidang keusahawanan PAKK. Selain itu, matlamat program ini menetapkan matlamat yang lebih jelas kepada mahasiswa/i tentang elemen keusahawanan dalam bidang PAKK dan seterusnya memberi ruang serta peluang kepada mahasiswa/i UPSI untuk beramah mesra bersama alumni PAKK yang berjaya membuka 9 cawangan Tadika Cilik Mumtaz di seluruh Selangor dan Negeri Sembilan.

Timbalan Dekan HEPA FPM, Prof. Madya Dr. Md Noor Saper berkata, “program ini dapat memberikan banyak buah fikiran dan pengalaman yang berkaitan dengan elemen-elemen kebolehpasaran graduan dan hala tuju graduan selepas tamat pengajian sama ada lepasan Diploma mahupun Ijazah Sarjana Muda dalam program berkenaan,” katanya.

Beliau juga turut berharap, sepanjang tempoh pelajar melanjutkan pengajian di UPSI, inilah ruang dan peluang untuk pelajar menimba dan menilai kelebihan yang ada pada diri untuk digunakan pada masa akan datang. Beliau juga yakin bahawa pihak persatuan dapat meneroka setiap kelompongan yang ada yang boleh diambil daripada pengalaman alumni PAKK yang berjaya.

Pengarah program SERAK, Zara Alyssa Ahmad Zahari berkata, ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang bersama-sama menyertai program SERAK. Program ini tidak akan dapat direalisasikan sekiranya tiada sokongan dan dorongan daripada para hadirin serta tulang belakang program, iaitu barisan AJK pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan program serta bimbingan dan tunjuk ajar Penasihat Persatuan, Norrulkamari Daud.

Program ini telah membuka mata seluruh yang hadir dengan sesi perkongsian bersama Alumni Diploma PAKK, Rahmah Taib tentang kebolehpasaran alumni yang mana pelajar PAKK hanya terletak pada sektor pendidikan tetapi peluang kerjaya dalam sektor perniagaan juga.

Program berakhir dengan penyampaian cenderahati daripada Pusat Alumni sebagai penghargaan kepada Rahmah Taib. Tambahan lagi, semua yang hadir turut beramah mesra bersama beliau melalui soalan yang diajukan kerana mendapat ilmu baharu dan terinspirasi daripada sesi perkongsian tersebut.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)