TANJONG MALIM- Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan program Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) yang melibatkan program pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Majlis tertinggi Persatuan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAKK) sidang 2023/2034 dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PPAKK) telah menganjurkan Program Untaian Kasih Keluarga PAKK 2.0 di peringkat fakulti kesinambungan daripada program kali pertama yang dijalankan pada sidang 2022/2023 yang lalu.

Program yang berlangsung pada 15 November bertempat di Dewan Kuliah Pusat 1, Kampus Sultan Azlan Shah mencapai objektif yang dihasratkan oleh fakulti sendiri iaitu dapat menyatukan keseluruhan pelajar Diploma dan ISMP PAKK. Tanpa sokongan daripada pihak pengurusan fakulti terutamanya dan bimbingan penasihat persatuan, Norrulkamari Daud program sebegini tidak dapat dijayakan dengan lancar.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, FPM iaitu Prof. Madya Dr. Md. Noor Saper. Melalui ucapannya, beliau menekankan elemen kesatuan dalam kalangan mahasiswa PAKK mampu merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

“Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mempunyai sejumlah 35 orang tenaga pengajar bagi Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Namun, pelajar kita masih tidak dapat mengenal sebilangan pensyarah tersebut, sehinggalah bergraduat Objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara mahasiswa Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada pelbagai peringkat pengajian bersama Penasihat Akademik masing-masing.

Selain itu, program ini juga turut berperanan sebagai medium bagi menyebarluaskan pengetahuan akademik dalam kalangan pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak melalui slot bersama Penasihat Akademik masing-masing masih tidak berkesempatan mengenali dengan lebih rapat terutamanya Penasihat Akademik masing-masing”, katanya lagi.

Pengarah program Untaian Kasih Keluarga PAKK 2.0, Nadiah Batrisyia Mohd Kithman mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas penganjuran program. Beliau tidak menyangka program ini akan mendapat sambutan yang positif dalam kalangan pelajar. Seramai 570 mahasiswa UPSI khususnya pelajar program Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berlainan semester pengajian tambahan juga barisan pensyarah turut  hadir dalam menjayakan program tersebut.

Program ini juga merupakan hasil kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) pelaksana program yang bersemangat dan memberi komitmen yang baik bagi menjayakan program ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peserta yang menyertai program yang dianjurkan sekaligus menyokong kelancaran program dengan jayanya.

Program ini merangkumi slot perjumpaan pelajar bersama Penasihat Akademik, slot ucapan bersama Ketua Jabatan PAKK, sorakan tagline fakulti, sorakan setiap batch dan Nyanyian Lagu Revolusi PAKK. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada Kelab Kesenian dan Kebudayaan Persatuan DPAKK dan juga Lolipop Buskers iaitu daripada persatuan ISMP PAKK.