Oleh: Nur Izzatul Hannan dan Hastinah
TANJUNG MALIM– Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) menerusi Exco Keusahawanan MMKLK sidang 2023/2024, Majlis Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (MMKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan program Keusahawanan iaitu UKLK Cibo Market yang bertempat di Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (UPSI), pada setiap hari Rabu dan UKLK Cibo Cabin yang diadakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada 25 November yang lalu.
UKLK Cibo Market dan UKLK Cibo Cabin merupakan program keusahawanan yang berterusan iaitu dilaksanakan sepanjang semester berlangsung. Terdapat 50 orang peniaga dan melibatkan 64 tapak perniagaan yang terdiri daripada mahasiswa UPSI serta orang awam yang melaksanakan perniagaan di UKLK Cibo Market. Manakala 4 orang mahasiswa yang bertugas di UKLK Cibo Cabin.
Pelaksanaan program keusahawanan ini dapat memanfaatkan ruang di sekitar bitarasiswa di samping memberi peluang kepada mahasiswa mempraktikkan kemahiran keusahawanan di lapangan, meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dan mengasah kemahiran pengurusan acara. Program ini juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada Teras 3 PSUPSI 2021-2025 (Keunggulan Graduan), dan Lonjakan 1 PPPM (PT) 2015-2025 untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Di samping aktiviti perniagaan UKLK Cibo Market turut di meriahkan dengan persembahan busking oleh mahasiswa/wi UPSI hasil kolaborasi Exco Kesenian dan Kebudayaan MMKLK. Selain daripada sebagai hiburan dan menarik pengunjung ke UKLK Cibo market, persembahan busking ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswa/i Luar Kampus yang dapat diketengahkan terutamanya dalam pertandingan frekuensi.
Semoga pendekatan pelaksanaan program ini dapat memberikan impak yang positif terhadap mahasiswa UPSI serta warga setempat dalam penjanaan pendapatan sejurus mewujudkan ruang perniagaan yang kondusif serta memasyarakatkan universiti.