Tanjong Malim – Seni kaligrafi khususnya Khat Islam dan Cina hampir dilupakan terutamanya dalam kalangan golongan belia. Oleh itu, EXCO Publisiti dan Informasi Persatuan Mahasiswa Sains Sidang 2023/2024 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah pertandingan iaitu Inkfinity: Pertandingan Kaligrafi Khat Islam dan Cina Peringkat Kebangsaan  dengan kolaborasi bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kelab Pencinta Haiwan (KPH), Kelab Debat Bahasa Arab (KDBA), Sekretariat Permuafakatan Siswa Siswi FELDA (PERSADA), Gabungan Mahasiswa Selangor & Kuala Lumpur (GEMASEK UPSI), Persatuan Bahasa Cina (PBC), Rakan Siswa YADIM (RSY) UTM dan Persatuan Mahasiswa Antropologi (PMA) UNISZA.

Pertandingan ini bukan sahaja terbuka kepada mahasiswa UPSI, tetapi juga dibuka kepada seluruh mahasiswa IPTA/S dan seluruh orang awam. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam khususnya mahasiswa UPSI dalam seni kaligrafi khat Islam dan Cina serta untuk meningkatkan lagi penggunaan Khat Islam dan Cina dalam kehidupan khususnya terhadap golongan belia.

Pertandingan ini telah berlangsung secara dalam talian iaitu peserta menghantar karya melalui platform Instagram dan Google Form. Hadiah wang tunai yang lumayan ditawarkan serta E-sijil peringkat kebangsaan dan mata CHAMP untuk pelajar UPSI. Juri berpengalaman dan profesional telah dijemput untuk menilai hasil karya peserta. Penghasilan karya bertemakan perpaduan telah dipilih dalam usaha untuk mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum yang pelbagai di negara kita.

Poster Pengumuman Pemenang Bagi Kategori Kaligrafi Khat Islam Inkfinity: Pertandingan Kaligrafi Khat Islam dan Cina Peringkat Kebangsaan

Bagi kategori kaligrafi Khat Islam, pemenang tempat pertama bagi telah disandang oleh Muhammad Afif Saifullah, 21, pelajar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pemenang tempat kedua pula telah dimenangi oleh Muhammad Arif Nazhan Fauzi, 22 daripada University College Bestari (UCBestari) dan pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Amar Zikry Mohd Fauzi, 21.

Poster Pengumuman Pemenang Bagi Kategori Kaligrafi Cina Inkfinity: Pertandingan Kaligrafi Khat Islam dan Cina
Peringkat Kebangsaan

Selain itu, ketiga-tiga pemenang bagi kategori Kaligrafi Cina berjaya dirangkul oleh pelajar UPSI. Tempat pertama telah disandang oleh Yap Jia Yi, 22. Manakala Wong Yoke Ling, 21 dan Kelly Ng Xin Yi, 22 pula berjaya memenangi tempat kedua dan tempat ketiga.

Di samping itu, seramai 3 orang peserta bertuah juga daripada UPSI iaitu Asiyah Hanisah Mohd Abidin, Ong Wen Yong dan Wan Zainab Wan Mohd Saufi  telah berjaya memenangi cabutan bertuah.

Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pihak dan dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam seni kaligrafi sekaligus dapat meningkatkan lagi penggunaan seni khat Islam dan Cina khususnya dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)