Oleh: Siti Hanisah Jefrry

SUNGKAI, 02 Februari 2024 – Majlis Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus (MMKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah melaksanakan Program Eksplorasi Bitara ‘Mahasiswa bersama Masyarakat’ melibatkan tiga keluarga angkat dan 31 orang peserta daripada UPSI termasuk pelajar antarabangsa dari Indonesia dan Nigeria bertempat di Felda Gunung Besout 3, Trolak.

Program selama tiga hari dua malam yang berkonsepkan anak angkat dan kesukarelawanan ini bertujuan untuk mendedahkan mahasiswa kepada cara hidup, amalan harian, budaya serta kesenian pelbagai masyarakat. Dengan melibatkan mahasiswa dalam program-program seperti ini, objektif ini tidak hanya memperkaya pengetahuan mereka, tetapi juga memupuk pemahaman yang mendalam mengenai kepelbagaian dan kekayaan budaya yang ada dalam masyarakat.

Pengurus Felda Gunung Besout 3, Abdul Ghafar Said telah merasmikan program ini dengan ucapan yang penuh inspirasi. Beliau menekankan pentingnya membina tenaga kerja yang berkualiti dengan memberikan fokus pada aspek sikap dan nilai-nilai murni.

Dalam ucapan beliau, Ghafar turut menyoroti kesedaran terhadap tanggungjawab kepada masyarakat. Beliau menekankan bahawa pembangunan tidak seharusnya berfokuskan kepada kemajuan semata-mata, tetapi juga perlu menerapkan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, dan bermuafakat.

“Melalui program ini, usaha untuk membina tenaga kerja yang berkualiti dari segi aspek sikap dan nilai-nilai murni akan dapat diwujudkan. Kesedaran berkaitan tanggungiawab kepada masyarakat akan menyedarkan mereka untuk tidak sahaja mengejar kepada pembangunan semata-mata tetapi juga perlu menerapkan nilai-nilai murni terutamanya seperti amanah, jujur dan bermuafakat yang sentiasa menjadi amalan penduduk desa,” katanya.

Ziarah keluarga asnaf
Pemeriksaan kesihatan
Aktiviti English is Fun
Demonstrasi memasak

Turut hadir menjayakan program ini ialah Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dalam program ini termasuklah pemeriksaan kesihatan, derma darah, Edurace, demonstrasi memasak, English is Fun, demonstrasi pengendalian haiwan berbisa, ziarah keluarga asnaf, Citra Budaya, pengisian rohani di masjid dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Felda.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)