UPSI, Tanjong Malim: Exco Media dan Publisiti Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (KAHS) 23/24 telah menganjurkan program Photoshop Workshop: Unleashing Creativity in the Digital Realm bertempat di Bilik Seminar Raflesia, Pusat Pelajar pada 20 Januari lalu.

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam daripada mahasiswa sekaligus mengasah kemahiran mereka dalam industri kreatif itu sendiri. Program ini merupakan inisiatif daripada Exco Media dan Publisiti dalam memastikan setiap karya yang terhasil daripada mahasiswa mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri melalui pandangan dan didikan pakar sekaligus memperbaiki dan meningkatkan kualiti yang sedia ada.

Ikhtiaruddin, penceramah jemputan yang dijemput untuk mendidik dan memberikan serba sedikit ilmu berkaitan dengan Photoshop serta elemen-elemen penting yang perlu ada sebelum menghasilkan sebuah karya yang unik. Mahasiswa ditugaskan untuk menghasilkan poster mereka yang tersendiri sepanjang program sedang berlangsung dengan bimbingan dan bantuan Ikhtiaruddin serta Exco Media yang sedia ada.

Poster yang terhasil daripada setiap seorang daripada peserta berjaya untuk mencapai kriteria-kriteria yang diingini. Program yang pada asalnya hanya sekadar ingin mendedahkan dunia Photoshop kepada mahasiswa telah berjaya untuk membuka mata pesertanya akan segala kelebihan dan kemudahan yang tersedia.

Messy Goeslow pernah berkata, “Senang itu adalah saat kita bisa mengagumi karya orang lain, seni itu adalah keindahan yang memberikan hak penuh pada setiap insan untuk menikmatinya tanpa eksklusivitas.” Keperibadian seseorang individu bukan hanya terserlah melalui bual bicaranya sahaja namun melalui hasil karyanya.