Oleh: Siti Faridah Jahajulah
UPSI, Tanjong Malim- Lajnah Ekonomi dan Kebajikan Al-Mursyidin Club, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Pusat Islam, Rakan Siswa Yadim, Kelab Sahabat Ulul Albab dan Persatuan Bahasa Arab telah menganjurkan Forum Plan Your Saving: How to Save Your Money pada 17 Januari yang lalu.
Sesi perkongsian daripada panel jemputan iaitu Founder Master Dealer Public Gold Malaysia, Muhamad Azam Amiri Mohd Raffi disambut meriah oleh mahasiswa penghuni kolej dan juga dari luar kampus yang menekankan gambaran tentang kaedah pengurusan kewangan dalam kalangan mahasiswa terutamanya.
Panel berkongsi ilmu tentang penyimpanan emas dan mengingatkan mahasiswa untuk membuat simpanan agar tidak berdepan dengan masalah kewangan pada waktu akan datang. Bukan dari segi akademik sahaja yang kita perlu dititik beratkan namun mahasiswa juga perlu mengetahui selok-belok perbelanjaan yang betul bagi mengurus kewangan kita dengan baik.
Semoga dengan adanya program ini, peserta dapat mengaplikasikan perkongsian yang diberi di samping mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan mahasiswa.