Oleh: Zin Azhari Ahmad Nuze
UPSI, Tanjong Malim, 03 Februari- Masjid Al-Mursyidin dan Bilik Seminar Pusat Islam UPSI: Pelaksanaan Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN). Kursus yang berlangsung pada 03 Februari lalu telah melibatkan seramai 85 orang peserta dalam kalangan staf dan mahasiswa.
Kursus ini memberi pendedahan secara teori dan praktikal. Praktikal pengurusan mayat dilakukan secara berkumpulan dan dibimbing oleh penceramah bertauliah Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Ahmad Yazuli Rosli bagi peserta lelaki manakala Ustazah Saniah Che Man bagi peserta wanita.
Pelbagai tips adab dan kaedah yang turut diterangkan antaranya melibatkan tindakan menghadapi orang yang nazak dan tindakan awal terhadap jenazah ketika berlaku kematian. Selain itu, hukum dan dalil secara khusus berkaitan memandikan, mengkafankan, memandikan dan mengebumikan jenazah serta adab-adab berkaitan menziarahi jenazah.
Semoga program ini memberi impak yang positif dalam menjadikan mahasiswa UPSI lebih cakna keperluan menguruskan jenazah sekaligus memberikan penghormatan terakhir khususnya melibatkan ahli keluarga terdekat atau kedua ibu bapa kita.