Oleh: Nurul Aida Mohamed Adam
TANJONG MALIM – Penganjuran Program Minggu Upskilling 2024 oleh Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) berlangsung pada 5 hingga 15 Februari dengan jayanya melalui platform Cisco Webex.
Penganjuran Program Minggu Upskilling 2024 pada kali ini adalah sebagai satu inisiatif EDGE untuk memberikan pendedahan yang jelas kepada mahasiswa serta graduan yang sedang mencari pekerjaan atau yang ingin merancang perjalanan kerjaya. Pihak EDGE mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kepada mahasiswa berkaitan Klinik Resume, Webinar Persediaan Menghadapi Temuduga, Webinar Peluang dan Cabaran Menyambung Pengajian/ bekerja di Luar Negara dan Mock Interview with TalentCorp.
Program yang dihadiri oleh 225 pelajar ini telah menampilkan panel panel yang luar biasa hebat dan mahir dalam bidang masing-masing. Antaranya ialah Penasihat Akademik di Universiti of Birmigham, Dr Afiqah Abdul Rahman, Alumni UPSI yang kini bekerja di Singapura sebagai Guru Muzik, Siti Aishah Che Hassan dan empat Perunding Resume dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI. Manakala bagi Mock Interview, dua orang panel dari TalentCorp telah dijemput untuk menjadi penemuduga.
Kerjasama dan maklumbalas dari graduan amatlah memberangsangkan sepanjang program ini berlangsung dan dimana kaedah yang digunakan dalam setiap slot adalah interaksi dua hala dan hands-on. GdcxZXCXraduan perlu untuk menghantar resume setelah selesai program untuk disemak bagi menghasilkan resume yang mantap bersesuaian dengan kehendak industri masa kini.
Panel juga menyatakan sekiranya penganjuran program ini lebih kerap dijalankan dan semakin ramai pelajar UPSI yang akan terlibat kerana pengalaman ini dapat membantu pelajar dan graduan untuk beradaptasi dan membuat persediaan awal ke alam pekerjaan sebenar.