Oleh: Fajrul Solehien

Tanjong Malim: Jabatan Bendahari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melancarkan sistem elektronik baharu yang dinamakan e-Perolehan bertujuan untuk mempercepatkan proses perolehan barangan dan perkhidmatan di universiti.

Gimik perasmian disempurnakan oleh Pro Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Seri Dr Ismail Bakar di Dewan Tuanku Canselor UPSI semasa Program Syarahan Eksekutif Pro Canselor berlangsung.

Sistem ini dibangunkan dengan hasil pimpinan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed dan CIO Pusat ICT UPSI, Dr. Megat Azrin Ahmad berserta kepakaran dalaman oleh Jabatan Bendahari dan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat bermula tahun 2022 melalui pelbagai proses pembangunan sistem.

Pembangunan sistem ePerolehan melibatkan integrasi dengan Sistem Kewangan Induk Universiti iaitu MyFIS Neo dan tiga sistem yang lain seperti Vendor Portal, Portal e-Payment dan Portal Staf.

Dengan terhasilnya sistem ini, UPSI menjadi Universiti Awam pertama yang mengintigrasikan pembangunan sistem ePerolehan dalam sistem kewangan induk.

Sistem ePerolehan secara elektronik yang lebih cekap dan berkesan ini mampu mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kesilapan pengiraan pada harga tawaran.

Inovasi sistem perolehan secara atas talian memberi manfaat kepada UPSI serta syarikat pembekal, membangunkan kapasiti kepakaran teknologi dalaman, meningkatkan kecekapan perolehan dan pentadbiran kontrak serta mmeberikan nilai perolehan terbaik disamping dapat menjana pendapatan universiti.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)