Oleh : Mimi Baijura Mohd Yusuff

Proton City : Pentas Konvokesyen Tadika Bitara UPSI 2024 disambut meriah dengan meraikan 51 orang kanak-kanak yang telah menamatkan pembelajaran di peringkat prasekolah.

Majlis konvokesyen anjuran Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris mengusung tema ‘Leading The Future’ dilaksanakan penuh gilang gemilang di Panggung Percubaan Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

Pengarah NCDRC, Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa menyatakan rasa bangga dan senang dengan sambutan ibubapa apabila melihat majlis konvokesyen berlangsung dengan jayanya.

Beliau menyatakan pengalaman didikan dan asuhan awal anak-anak adalah tempoh yang kritikal untuk kita membentuk perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak yang holistik. Matlamat NCDRC adalah bagi memastikan kanak-kanak di NCDRC diberi peluang untuk mengetengahkan bakat dan potensi diri.

“la membabitkan pelaksanaan pendekatan projek sebagai proses pembelajaran yang menekankan kepada kecenderungan kanak-kanak melalui penerokaan dan eksperimen yang mendalam terhadap persekitaran kehidupan seharian.”

“Majlis ini juga adalah bertujuan menonjolkan bakat-bakat muda dalam melakari peredaran zaman dan saya yakin bahawa konvokesyen ini akan memberikan impak yang besar dalam emosi kanak-kanak sehingga meningkatkan semangat mereka untuk terus belajar dan menjadi seorang bermanfaat buat keluarga, masyarakat, agama dan negara” katanya.

Majlis konvokesyen NCDRC 2024 dirasmikan oleh Puan Hamizah Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerarah Muallim.

Menurutnya, UPSI sentiasa menyajikan program-program terbaik dan berimpak tinggi untuk perkembangan kanak-kanak tadika.

“UPSI adalah institusi yang sentiasa melibatkan PPD Muallim dalam penganjuran program yang melibatkan murid prasekolah dan saya mewakili PPD Muallim akan sentiasa membuka pintu kerjasama bersama para pendidik di NCDRC untuk terus menyokong pendidikan yang terbaik buat anak-anak bangsa”. Ucapnya.

Puan Hamizah Abdul Hamid, Pegawai Pendidikan Daerarah Muallim menyatakan hasrat

Turut hadir bersama Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru NCDRC, Prof Madya Dr Ashardi Abas, Timbalan Pengarah Akademik,Perkembangan Kanak-kanak & Sistem Data dan IT NCDRC, Dr Masayu Dzainuddin dan Dr Harnani Mat Zin, Penyelaras Unit Perkembangan Kanak-kanak dan Sistem Data & IT NCDRC.

Sepanjang majlis, sebanyak lapan anugerah utama diberikan kepada kanak-kanak berdasarkan pencapaian mereka sepanjang sesi persekolahan. Ibubapa juga diberikan anugerah Hadiah Penglibatan Ibubapa Terbaik berdasarkan komitmen mereka kerana sentiasa memberikan masa dan tenaga kepada para pendidik.

Majlis diserikan dengan persembahan tarian dari kanak-kanak 5 tahun yang bertemakan aerodance dan persembahahan koir oleh kanak-kanak 6 tahun yang membawakan lagu 1,2,3 karya Aris Ariwatan dan lagu My Graduation Day .

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti akademik mahupun kokurikulum di sekolah bukan sahaja membantu menyokong sekolah namun ia juga memberi semangat serta motivasi kepada anak-anak dalam pembelajaran.

UPSI dan NCDRC sentiasa memartabatkan budaya pendidikan terbaik bermula dari pendidikan awal kanak-kanak sehingga di peringkat tertinggi selari dengan visi dan misi UPSI sebagai universiti kebitaraan pendidikan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)