Oleh: Nur Khairunnisa binti Ezani

6- 10 Mac 2024, Garut Indonesia – Delegasi Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengikuti UPSI Global Mobility Outbound Programme yang bertempat di Universitas Garut, Indonesia. Program ini merupakan anjuran daripada Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sidang 2022/2023 dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC) serta Persatuan Sains Sukan & Kejurulatihan (PSSK) Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Delegasi Mahasiswa UPSI tiba di Kampus Universitas Garut

Seramai 17 Delegasi Mahasiswa UPSI yang terlibat sepanjang program ini berlangsung di Universitas Garut, Indonesia. Program ini bertujuan untuk mewujudkan usaha sama antarabangsa di antara pihak Universitas Garut (UNIGA) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali gus memupuk komunikasi dua hala dan pembangunan holistik khususnya dalam bidang pendidikan bagi kedua-dua belah pihak melalui pelbagai pengisian aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung.

Pada hari pertama program, telah berlangsungnya Simposium Internasional Pendidikan yang telah menggabungkan tiga orang panel hebat dari UPSI, Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril selaku Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Dr. Hilda Ainissyifa M.Ag, Dekan Fakultas Pendidikan Islam & Keguruan Universitas Garut, Indonesia serta Dr. Suraiya Chapakiya, Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Fatoni, Thailand.

Selain itu, mahasiswa UPSI juga berpeluang untuk mengikut sesi kelas secara bersemuka bersama pensyarah UNIGA dan begitu juga dengan mahasiswa UNIGA yang telah mengikut kelas bersama pensyarah UPSI, Profesor Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah. Di samping itu, MPP UPSI turut berpeluang untuk membentangkan pencapaian 300 Pelaksanaan Kepimpinan MPP UPSI bersama dengan Perwakilan Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM), Fakultas Pendidikan Islam & Keguruan (FPIK) Universitas Garut.

Pada hari berikutnya pula, Delegasi UPSI berpeluang untuk berkunjung ke Sekolah Prima Insani untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid-murid menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Di samping itu, pihak UPSI dan Sekolah Prima Insani turut menandatangani kerjasama UPSI Prima Insani, SD IT Atimu yang menjadi langkah permulaan menjalinkan kolaborasi pada masa akan datang.

Seterusnya, Delagasi mahasiswa UPSI juga turut menyertai Pertandingan Sukan Antarabangsa bersama mahasiswa UNIGA bagi acara bola tampar dan futsal yang berlangsung di Kampus Universitas Garut. Melalui sukan olahraga ini, mahasiswa UPSI dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat dan mesra bersama mahasiswa UNIGA di samping dapat memperluaskan jalinan hubungan antara satu sama lain.

UPSI Global Mobility Outbound Programme ini turut mengalakkan delegasi mahasiswa UPSI untuk mengikuti kegiatan fizikal iaitu Back To Nature: Mendaki Gunung Papandayan serta pembelajaran Edu Garden di Eptilu dan Wisata Agro. Melalui kegiatan seperti ini, mahasiswa UPSI dilatih untuk lebih bersedia dan mapan dari segi BITARA iaitu konsep yang menjadi landasan UPSI demi memacu kejayaan yang lebih cemerlang bukan sahaja pada peringkat nasional malah antarabangsa juga.

Melalui kerjasama kedua buah universiti pendidikan terkemuka ini pasti dapat merealisasikan kerjasama seperti mobiliti pensyarah dan pelajar, pelantikan profesor adjung, mempromosikan budaya UPSI, memperkukuh kolaborasi seni silang budaya dan yang terpenting sekali dapat menjalinkan kolaborasi demi membantu usaha merealisasikan visi pendidikan yang standard bagi UPSI dan UNIGA.

Slot Simposium Internasional Pendidikan bersama Panel Jemputan

Ketibaan Delegasi UPSI di Gedung Merdeka-Braga

Sesi kelas secara bersemuka mahasiswa UPSI di Ruangan Smart Kelas B, Kampus Universitas Garut

Delegasi Mahasiswa UPSI dan Mahasiswa FPIK, UNIGA di Prima Insani Garut Islamic School

Penampilan Silang Budaya Malaysia dan Indonesia

Pertandingan Sukan Antarabangsa UPSI dan UNIGA

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)