Oleh: Muhammad Fajrul Solehien Mohammad Jamil

Kuala Lumpur: Tiada yang mustahil untuk meraih kejayaan sekiranya seluruh kakitangan bersatu dan bertekad berusaha gigih dalam menjayakan misi universiti.

Itu antara resepi kemenangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih kejuaraan dan menggengam Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir Jumaat lalu di Kuala Lumpur.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata kejayaan yang teramat manis ini tercipta apabila UPSI tersenarai kali kedua sebagai finalis kemudiannya muncul juara keseluruhan adalah anugerah terindah buat UPSI.

Panel penilai turut beramah mesra bersama pelajar yang menjalankan aktiviti keusahawanan

“Semuanya berkat usaha, iltizam, keinginan dan kepercayaan segenap warga UPSI dalam menjulang maruah universiti bersejarah berikutan memiliki pasukan yang hebat dan bersatu tekad termasuk pasuk Jabatan Bendahari yang diketuai Mohamad Najib Mohamed yang kreatif memperkenalkan pelbagai idea baharu keusahawanan dan penjanaan kewangan antaranya Specific Business Unit @ Faculty, FTV Inc, WEZAS, dan projek solar di kawasan parking.

Begitu juga, katanya, komitmen tinggi dan berani Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin bersama kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) , Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan segenap pelajar UPSI yang sentiasa bersemangat dalam mengharumkan nama universiti.

Buah-buahan hasil tanaman Fakulti Teknikal dan Vokasional yang dijual

Beliau berkata, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan ( EDGE),
Dr Sharul Effendy Janudin menggerakkan semua pusat tanggungjawab menjana pendapatan menerusi pelbagai keusawanan.

UPSI yang meraih anugerah berprestij Anugerah Institusi Keusahawanan Terbaik bersama Multimedia University (MMU) turut menerima Anugerah Khas Media Sosial Siswa terbaik menerusi Muhamad Nur Syahir Mohd Nordin, pelajar di Fakulti Sains Kemanusiaan yang memperolehi tempat ketiga.

Selain itu UPSI memenangi tempat pertama Anugerah Projek Siswa Berteknologi Terbaik – Video Kreatif menerusi pelajar Fakulti Sains Matematik, Nurul Zharif Amani Azuki.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)