Tanjong Malim, 15 Mac 2024 – UPSI telah menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak Decathlon bagi pembukaan sebuah outlet di kampus UPSI. Perbincangan dua hala lebih tertumpu kepada pemasaran, tenaga kerja dan lokasi yang bersesuaian bagi penempatan outlet Decathlon di UPSI.

Sesi mesyuarat antara UPSI dan Decathlon telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Canselori, UPSI. Mesyuarat kerjasama ini telah dipengerusikan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, TNC HEPA UPSI dan turut dihadiri oleh Prof Dr. Norkhalid Salimin serta beberapa orang pegawai kanan dari UPSI termasuk Pengarah UPSI Holdings Sdn Bhd.

Wakil Decathlon menyasarkan pembukaan sebuah outlet di UPSI adalah untuk mencari tapak yang sesuai dari segi pemasaran barangan, penyediaan papan iklan dan menawarkan peluang pekerjaan kepada pelajar untuk bekerja sepenuh masa atau separuh masa.

Datuk Dr. Md Amin Md Taff turut mengalu-alukan jalinan kerjasama ini dalam perancangan pihak Decathlon menempatkan sebuah oulet di UPSI. Datuk Md Amin menambah “Bilangan pelajar yang hampir 30,000 serta peningkatan penduduk di Tg Malim dapat meningkatkan penjanaan pendapatan di sini. Pihak Decathlon bukan sahaja menjual peralatan tetapi juga memberikan perkhidmatan sokongan terutama dalam pengurusan sukan dan rekreasi luar”. Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan juga telah menawarkan beberapa kursus sukan termasuk kursus mountain bike dan program Pendidikan Luar yang
memerlukan peralatan sukan yang dibekalkan terutamanya dari Decathlon.”

Pada sesi mesyuarat pihak Decathlon telah bersetuju menjalinkan kerjasama dengan pihak UPSI termasuk penyediaan surat LOI. Sesi mesyuarat juga telah menerangkan cara penggunaan apps iaitu aplikasi pintar yang membantu pelajar dan orang luar dalam membuat pembayaran menggunakan gerbang pembayaran alternatif yang lebih efisien dan mudah.

Pihak Decathlon juga dibawa melawat ke Sports City, UPSI dan UPSI Adventure Park bagi melihat kemudahan sukan yang disediakan di UPSI dan meninjau penempatan yang bersesuaian sebuah outlet di UPSI. Pembukaan outlet Decathlon di kampus UPSI ini nanti adalah satu inisiatif yang bakal merancakkan industri dalam universiti dan ekosistem sukan dan rekreasi Muallim.