Oleh: Fajrul Solehien
Tanjong Malim: Hari ini, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi saksi kepada satu lagi peristiwa bersejarah apabila universiti terbuka ini menerima kunjungan istimewa Pengarah Pengurusan Latihan Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Abu Hassan Assha’ari Bin Kamis @ Shaffiee.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan persiapan yang berkaitan dengan Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam bagi tahun 2024.
Atur cara bermula dengan Datuk Abu Hassan Assha’ari menerima tabik hormat dan pemeriksaan kawalan kuarters.
Turut hadir menyambut Panglima adalah Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff, bersama dengan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin, serta Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Prof Madya Dr. Mazuki Mohd Yasim.
Persidangan ini mencerminkan kerjasama yang kukuh antara UPSI dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia dalam usaha mereka untuk membangunkan dan menyemai nilai-nilai kepimpinan dan patriotisme di kalangan mahasiswa.
UPSI berharap bahawa perbincangan ini akan menghasilkan penyelesaian yang berkualiti dan inovatif bagi memastikan kejayaan penuh Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam pada tahun 2024.