Oleh: Nur Amirah Hana Azizi
Kuala Lumpur, 8 Mac 2024- Majlis kemuncak Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (AKKPT 2023) telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di ibu negara malam tadi.
Majlis Anugerah dwi-tahunan tersebut bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar dan graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta tenaga pengajar yang menunjukkan kecemerlangan dan komitmen tinggi dalam menjayakan agenda keusahawanan di menara gading.
AKKPT 2023 menyaksikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Mutimedia telah dipilih untuk menjadi pemenang bersama bagi Kategori Utama iaitu Universiti Terbaik dengan nilai hadiah berupa geran sebanyak RM 250 ribu; Kategori Politeknik Terbaik telah dimenangi oleh Politeknik Merlimau Melaka; dan Kolej Komuniti Terbaik telah dimenangi oleh Kolej Komuniti Bandar Darul Aman.
Buat julung kalinya juga, AKKPT 2023 mempertandingkan 16 kategori tujuh kategori, sembilan daripada Kategori utama; Anugerah Khas Digital dan Inovasi dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris mengungguli tempat pertama kategori Projek Siswa Berteknologi Tinggi (Video Terbaik – RM10000) melalui Nurul Zharif Amani Zuki dan Muhamad Nur Syahir Mohd Nordin pula mendapat tempat ketiga kategori Media Sosial Siswa Terbaik (RM8000).