Genting Highlands: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Center of Biodiversity and Conservation (CeBEC), Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai kerjasama bersama Malaysia Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) sempena perasmian Biodiversity Forum 2024.

Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak yang berfokuskan kepada pendidikan konservasi dalam konteks industri kelapa sawit.

MPOGCF diwakili oleh Pengerusinya, Dato’ Haji Mad Zaidi Mohd Karli, dalam ucapannya menyatakan “kolaborasi bersama UPSI merupakan strategi penting dalam mendedahkan masyarakat tentang kelestarian industri kelapa sawit di Malaysia. Melalui inisiatif ini, bakal guru yang dilahirkan akan bertindak sebagai agen penyampai maklumat kepada generasi seterusnya.”   

UPSI diwakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr Suriani Abu Bakar, “kolaborasi ini adalah platform terbaik untuk memperkasakan pendidikan konservasi di Malaysia khususnya dalam landskap industri kelapa sawit.”

Turut hadir Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi, Dato’ Abdul Hadi Omar; Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Dato’ Abdul Kadir Bin Abu Hashim; Pengarah, Group Sustainability Bursa Malaysia, Dr. Ahmad Hezri Adnan; Pengerusi MPOGCF, Dato’ Haji Mad Zaidi Mohd Karli dan Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud.