Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Lajnah Sukan dan Rekreasi Kelab Al-Mursyidin dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab, Persatuan Pendidikan Islam, Persatuan Tahfiz Qiraat dan Rakan Siswa Yadim telah mengadakan Program Let Sunnah Be Your Medicine (Swimming).

Program Let Sunnah Be Your Medicine (Swimming) ini merupakan suatu program yang mengfokuskan kepada para peserta untuk mempelajari teknik-teknik renang secara teori dan amali.

Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama penganjuran program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang sukan renang yang merupakan salah satu daripada sukan-sukan sunnah Rasulullah SAW.

Di dalam program ini juga pihak penganjur juga membawakan jurulatih renang yang dijemput khas dari kalangan mahasiswa upsi sendiri iaitu saudara Muhammad Rafiq bin Amir yang merupakan seorang jurulatih yang pakar dan berpengalaman dalam melatih pelajar bagi sukan renang in dan atlet yang aktif dalam universiti.

Program Let Sunnah Be Your Medicine (Swimming) telah dijalankan di kolam renang UPSI dan telah dihadiri oleh 19 orang peserta lelaki di mana 13 orang daripada kalangan mahasiswa UPSI dan selebihnya merupakan peserta daripada orang awam.

Program ini mengandungi beberapa bahagian slot yang telah dibahagikan antaranya acara pembukaan program, kemudian disusuli dengan slot mempelajari sukan renang bersama jurulatih dan kemudiannya program ini diakhiri dengan acara penutup dan penyampaian cenderahati kepada jurulatih.

Semoga dengan penganjuran program ini dapat melahirkan individu yang mahir dalam sukan renang serta dapat mengamalkan dalam kehidupan mereka. Bukan itu sahaja, semoga dengan kelebihan sukan sunnah ini juga dapat menjadikan mereka individu yang yang sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat Allah.

Seperti mana Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia mencintaiku, siapa saja yang mencintaiku , ia akan bersamaku di syurga” (HR. Imam Arh Thabarani).

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)