Oleh: Aida Najwa Zahidan Ahmad Shazwi Ahmad Shukri

Tanjong Malim– Selepas sebulan berpuasa, seluruh umat Islam akan menyambut 1 Syawal dengan penuh meriah bagi Hari Raya Aidilfitri. Perayaan ini tidak akan lari dengan jamuan rumah terbuka bagi mereka yang ingin memeriahkan suasana sambutan hari raya.

Bagi mengambil kesempatan ini, Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Meet and Greet Raya Pusat Kaunseling pada 1 Mei yang lalu. Program ini telah dimeriahkan dengan kehadiran mahasiswa UPSI, rakan Pusat Kaunseling dan juga beberapa rakan strategik Pusat Kaunseling. Kehadiran Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, JPN Perak, Ahmad Piruz Kamaruddin, ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Seri Ahmad Burak dan wakil dari PEMADAM Kebangsaan turut hadir memeriahkan program Meet and Greet ini. Program telah dilaksanakan di ruang legar Bitarasiswa sekitar jam 8 pagi bagi memulakan persiapan.

Dalam kemeriah sambutan Aidilfitri yang sedang berlangsung, Pusat Kaunseling mengambil kesempatan mengadakan jamuan ini bagi mengeratkan hubungan Pusat Kaunseling bukan sahaja bersama warga UPSI, malah bersama rakan strategik bagi memastikan hubungan kerjasama dapat diteruskan dengan baik bagi kelangsung kerjasama di masa akan datang. Program-program yang berfokuskan kepada penjagaan mental sangat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan semua pihak. Bentuk kerjasama bukan sahaja dalam bentuk tajaan, malah pelbagai seperti sumbangan tenaga mahir, dan juga penyediaan fasiliti. Kehadiran ahli lembaga pengarah universiti juga dapat mengeratkan hubungan Pusat Kaunseling bersama pihak pentadbiran universiti.

Program meet and greet ini telah dikelola sepenuhnya oleh rakan Pusat Kaunseling seperti Physicological First Aid (PFA), Pembimbing Rakan Siswa (PRS), PEMADAM, dan Preloved Shoppe. Hal ini membolehkan mereka memiliki pengetahuan dalam merangcang sesuatu program dan juga membina nilai sahsiah yang tinggi semasa mendepani orang lain yang mempunyai pelbagai peringkat umur. Penglibatan rakan Pusat Kaunseling dalam penganjuran ini memberi gambaran kepada mereka bagaimana kaedah dan cara dalam mengendalikan program yang berbentuk santai selain daripada program-program yang lebih formal.  Sebagai sebuah PTj yang sedang membina nama dan berusaha menjadi pemangkin nilai kebitaraan UPSI, Program berorientasikan mesra pelanggan adalah satu inisiatif Pusat Kaunseling untuk meluaskan rangkaian Rakan Strategik Pusat Kaunseling.

Penganjuran program-program yang lebih berbentuk santai diharapkan akan dapat dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang agar dapat menarik lebih ramai warga UPSI dan rakan strategik yang berpotensi dapat mengenali keupayaan dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)