Oleh: Noraini Sapuan (Unit Integriti)

Tanjong Malim: Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual (JKTGS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan sesi perkongsian berkenaan dengan Dasar Antigangguan Seksual (DAGS) UPSI: ‘Bukan Sekadar Gurauan’ bertempat di Bilik Seminar 3, Fakulti Pengurusan & Ekonomi (FPE).

FPE merupakan PTj pertama yang telah diberi taklimat melalui sesi perkongsian tersebut selepas dasar dikuatkuasakan oleh Universiti bermula pada 22 Februari 2024. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang, UPSI, Etty Widayu Samsungei.

​Objektif program ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman dan kesedaran kepada warga UPSI sebagai tindakan pencegahan bagi mengelakkan perbuatan serta salah laku yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual selain memberi panduan kepada kakitangan dalam mengendalikan isu gangguan seksual yang dihadapi serta berani kehadapan supaya kakitangan lebih berjaga-jaga seterusnya bersama-sama mencegah dan menangani isu gangguan seksual di UPSI.

Turut hadir Dekan FPE, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor, Ketua Unit Integriti, Ilmizan Ismail bersama warga FPE bagi mendengar perkongsian mengenai pelaksanaan DAGS di UPSI.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)