Kuala Lumpur, 16 Mei 2024- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK) melakukan kunjungan hormat dan perbincangan kolaborasi dalam menjalin kerjasama antara pihak FSK dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Perbincangan kolaborasi antara pihak FSK dengan institut IKIM

Perbincangan kolaborasi ini diketuai oleh Dekan FSK, Prof Madya Ts. Dr. Nor Kalsum Mohd Isa, manakala bagi pihak IKIM diketuai oleh Ketua Pengarah IKIM, Prof Madya Dato’ Dr. Mohamad Azam Mohamed Adil. Kunjungan hormat dan sesi perbincangan ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, Dr. Muhammad Hisham Mohamad dan Pengarah Penyelidikan IKIM, Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen serta pengurusan tertinggi FSK.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan dan mengenal pasti peluang kolaborasi antara satu sama lain. Pertemuan ini juga menjadi medium bagi kedua-dua pihak untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam pelbagai program.

Kunjungan ini diakhiri dengan persetujuan untuk menjayakan memorandum persefahaman serta pelbagai aktiviti yang disepakati.