MUHAMMAD AMINULLAH BIN HASSIM
28 Mei 2024
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Al-Mursyidin Club (AMC) telah menganjurkan satu program yang diberi nama PRO MEDI: EXPLORING PS FOR BEGINNERS. Program ini bertujuan mengasah dan menambah pengetahuan asas mahasiswa/wi tentang asas dan teknik-teknik menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Objektif program ini adalah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menguasai pengetahuan asas untuk menggunakan Adobe Photoshop serta menambah kemahiran tambahan dalam proses pengeditan.
Program ini membawakan seoarang panel yang sudah mahir dalam dunia media iaitu seorang pelajar UPSI juga iaitu saudari Nurul Ariqah binti Agus yang merupakan mantan Majlis Perwakilan Pelajar sidang 2022/2023.
Pada akhir program ini, para peserta dapat menghasilkan poster buatan sendiri dengan melalui tunjuk ajar yang telah diberikan oleh panel. Beliau juga berusaha untuk memastikan semua peserta dapat memahami dan mempraktikkan asas-asas dalam Adobe Photoshop dengan mengajarkan peserta secara individu.
Setelah selesai program ini, Al-Mursyidin Club juga telah menganjurkan pertandingan poster yang bertemakan “Kepentingan Fardhu Ain” selama seminggu (27 hingga 31 Mei 2024) secara atas talian untuk membuka peluang kepada peserta menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari melalui pertandingan ini.