Oleh: Muhd Aniq Bin Sapini

TANJONG MALIM : Pada 21 Mei yang Persatuan Persuratan Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa Program Bicara Ilmu: Mencari Memilih dan Menikmati Puisi Artistik oleh Sasterawan Negara (SN) ke-15 iaitu Dato’ Rahman Shaari.

Program ini telah diadakan di Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI iaitu Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura Muhammad serta ucapan alu-aluan daripada Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM) iaitu Dr Zuraini Ramli.

Program yang telah diarahhkan oleh Profesor Madya Dr. Norazimah Zakaria ini telah melibatkan seramai 400 orang peserta yang datang secara bersemuka dan secara dalam talian.

Perkongsian yang dilakukan oleh Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari ini telah membuka minda dan memberi pengetahuan yang baru mengenai puisi artistik. Beliau juga menjelaskan perbezaan puisi artistik ini dengan puisi kreatif.

Pada pandangan beliau puisi artistik merupakan puisi yang betul-betul menjadi puisi apabila mengalami proses pemeraman serta pengubahsuaian sehingga menjadi puisi serta mempunyai keindahan dalaman. Manakala puisi kreatif hanyalah bersifat kreatif yang hanya indah pada luaran sahaja.

Selain itu, puisi artistik juga merupakan persembahan puisi yang disusun serta menggabungkan elemen teatar sewaktu persembahan. Beliau turut menyatakan bahawa persembahan ini memerlukan latihan yang banyak kerana kekuatan persembahan ini terletak pada teater atau lakonan.

Seterusnya, SN Dato Rahman Shaari juga turut menegaskan dalam menghasilkan karya atau puisi elak plagiat karya daripada penulis lain. Penghasilan puisi juga perlu mengelakkan unsur klise dan imej bercampur. Pada sesi soal jawab pula, SN Dato Rahman Shaari memberikan jawapan dan maklum balas yang memberansangkan iaitu berkaitan dengan subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif.

Beliau menjelaskan bahawa akan menyokong jika subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini dijadikan subjek wajib di sekolah. Pada akhir program beliau sempat mempersembahkan puisi yang bertajuk “Sengsara” dan “Pesan Abu Bakar”

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)