Oleh: Faridzzah Adzmiera Addanan
6 Jun 2024

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Persatuan Mahasiswa Sejarah (PERMAS) berpeluang untuk bekerjasama sebagai rakan kolaborasi dalam menjayakan ‘Program PERMAS Hiking Day’ yang diadakan di Lata Perangin, Ujana Muallim.

Program ini mensasarkan peserta dalam kalangan pelajar UPSI bertujuan memupuk semangat kesukanan dan disiplin dalam kalangan pelajar, di samping mengeratkan silaturahim antara pelajar Jabatan Sejarah dan warga UPSI di samping memberi peluang kepada mahasiswa untuk bersukan secara sihat serta mengurangkan tekanan belajar dan tugasan.

“Program ini antara lain adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya mahasiswa Jabatan Sejarah dan bukan Sejarah, tentang kepentingan gaya hidup sihat dalam semua lapisan umur,” kata Pengarah Program, Faridzzah Adzmiera Addanan.

Melalui aktiviti mendaki dalam persekitaran semulajadi, ia boleh membantu menangani masalah kemurungan, mengurangkan tekanan akibat pembelajaraan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 3: Kesihatan dan Kesejahteraan yang Baik.

Semua pelajar dikumpulkan di tapak mula pendakian di Ujana Muallim sebelum diberikan taklimat ringkas dan bacaan doa untuk memberkati perjalanan mendaki. Ekspedisi mendaki ini dimulakan dengan berjalan kaki ke kawasan air terjun Lata Perangin, Ujana Muallim di mana peserta dikehendaki mengharungi tanah cerun menggunakan tali sebagai sokongan dan mendaki selama tiga jam sebelum peserta tiba di puncak untuk menikmati pemandangan indah kawasan air terjun sebelum mula perjalanan pulang ke tapak mula untuk sesi fotografi.

Hasil intipati daripada Program PERMAS Hiking Day ini diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Selain itu, program ini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturahim mahasiswa UPSI serta memberikan impak positif kepada semua yang terlibat.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)