Oleh: Bazli Razak

Tanjong Malim- Seramai 411 orang mahasiswa anak Pahang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima bantuan RM 400 sempena Majlis Penyampaian Bantuan Prihatin Pahang 2024 Kluster Siswa (BPP) hari ini.

Majlis yang diadakan di Auditorium Utama UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah disempurnakan oleh Exco Kanan, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Datuk Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abdul Razak.

Beliau ketika ucapan aluan menyatakan bahawa BPP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang diperkenalkan semenjak tahun 2020 sehingga kini telah membelanjakan sebanyak RM 141.78 juta bagi pelaksanaan program-program dibawah inisiatif BPP.

“Belanjawan Negeri Pahang pada tahun ini memperuntukkan RM 14.18 juta bagi pelaksanaan BPP Siswa tahun 2024.

“Peningkatan jumlah peruntukan daripada RM 8 juta pada tahun 2023 kepada 14.18 juta pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri pimpinan YAB Menteri Besar Pahang berbesar hati untuk meningkatkan jumlah sumbangan daripada RM 300 kepada RM 400 kepada setiap mahasiswa.

“Saya berharap mahasiswa yang memperolehi bantuan ini bukan sahaja berjaya dari segi akademik dan kokurikulum, malah mengharumkan nama Negeri Pahang dimana jua berada.

Katanya, mahasiswa anak Pahang UPSI antara 19,525 mahasiswa daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam, Politektik, Kolej Komuniiti & Institusi Pengajian Tinggi Swasta milik Kerajaan Negeri Pahang terpilih untuk menerima bantuan ini.

Turut hadir, Pengarah Sekreteriat Mahasiswa Anak Pahang, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pengarah Unit Perancangan Operasi dan Data Strategik Negeri Pahang, Dato’ Haji Wan Salman Wan Ismail; Pengurus Capaian Pendidikan Bahagian Operasi Yayasan Pahang, Puan Nor Azean Othman; Penasihat MAMPAN UPSI, Encik Mohamad Asri Seman dan Yang Dipertua MAMPAN UPSI, Tengku Nor Aini Tengku Baharom Shah.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)