Oleh: Bazli Razak

Tanjong Malim, 13 Julai 2024- Program Bengkel Pengenalan Program High Impact dibawah anjuran Majlis Tertinggi Majlis Mahasiswa Kolej Harun Amminurashid (MMKHAR) sidang 2024/2025 Universiti Pendidikan Sultan Idris telah pun berlangsung dengan jayanya.

Program tersebut turut dihadiri oleh Pengetua Kolej, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah, felo penasihat, pihak pentadbiran kolej, kesemua 32 orang Majlis Mahasiswa (MMK) Kolej Harun Amminurashid (KHAR) sidang 2024/2025 dan wakil dari AJK blok-blok kediaman.

Bengkel Pengenalan Program ‘High Impact’ MMKHAR Sidang 2024-2025 ini telah diisi dengan beberapa slot pengenalan yang menarik iaitu slot ‘Pemikiran Luar Kotak’ dan juga slot ‘Jom Jual KHAR’ daripada Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril.

Keberkesanan program ini juga membantu memberi gambaran kepada MMKHAR sidang baharu memahami dan perbaiki pelaksanaan perancangan awal terhadap program yang dikendalikan agar mampu membawa nama Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) serta nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Di samping itu, sesi perkongsian ilmu ini juga mampu mendorong dan membuka mata para MMKHAR dalam menganjurkan program yang selaras dengan petunjuk prestasi utama (KPI) Universiti.

Pengetua Kolej Harun Aminurrashid, Dr. Haji Che Anuar Che Abdullah menyatakan rasa syukur kerana program penting seperti ini telah berjaya dilaksanakan. Menurut penaung program ini, Bengkel Pengenalan Program High Impact ini mampu menjadi pandu arah dan pembimbing khususnya buat Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sidang 2024/2025 dalam menganjurkan program yang berimpak tinggi buat siswa-siswi madani kini.

Pengarah Program, Iqqwan Jasman Su Azlan Su merangkap Yang Di-Pertua Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid berharap agar semua MMKHAR dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya serta mampu menganjurkan program yang mampu memberi impak kepada warga UPSI dan sejagat. Beliau juga berharap agar program ini dapat menghasilkan penganjuran aktiviti kolej yang mampu melahirkan mahasiswa yang proaktif dan produktif.

Secara tidak langsung, Bengkel Pengenalan Program High Impact ini telahpun menjadi suatu wadah dalam menjalinkan ukhuwah diantara pihak pentadbiran kolej, felo-felo serta MMKHAR sidang 2024/2025.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)