Oleh: Bazli Razak

Tanjong Malim- Bahagian Sumber Manusia (BSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan Hari Bertemu Pelanggan 2024 bertempat di Atrium Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI.

Program yang diadakan pada 24 Julai 2024 itu merupakan satu inisiatif bagi membantu menyelesaikan permasalahan berkaitan sumber manusia serta memberi pemahaman dan penjelasan berkaitan isu-isu sumber manusia dengan lebih jelas dan efisyen.

Penganjuran Hari Bertemu Pelanggan BSM ini juga bersempena dengan sambutan bulan Human Resources Management System (HRMIS) pada bulan Julai 2024 bertemakan “Ketepatan Data Aspirasi Kita”.

Menurut Timbalan Pendaftar Kanan BSM, Puan Mahanum Muhammad berkata HRMIS merupakan sistem pengurusan maklumat sumber manusia yang dibangunkan bagi memudahkan proses pengurusan sumber manusia di semua agensi awam seluruh Malaysia.

“Melalui penganjuran bulan HRMIS membantu bagi meningkatkan tahap ketepatan data dalam HRMIS, meningkatkan penggunaan HRMIS dalam kalangan staf UPSI serta meningkatkan tahap kesedaran terhadap kepentingan HRMIS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program ini juga dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya kuiz Kahoot, pameran BSM, pameran Pusat Kaunseling, pameran FTV, jualan makanan dan minuman dan cabutan bertuah.

Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada pelanggan yang turut serta dalam pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)