Oleh: Muhammad Syarofi Mohamad Sharif

SLIM RIVER, 21 JULAI 2024: Sekretariat Himpunan Anak Kedah (HAK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghantar seramai 15 orang sukarelawan untuk membantu menjayakan Program Kayuhan Amal Yayasan AL-Hilmi (KAYAH) pada Ahad, 21 Julai 2024.

Program yang bertemakan Fund Ride ini merupakan program anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Baitul Al Hilmi Malaysia.

Tujuan program ini ialah untuk beriadah sambil menderma kepada Pertubuhan Baitul Al Hilmi Malaysia.

Program ini juga melibatkan kolaborasi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim dan Majlis Daerah Tanjong Malim.

Program yang diadakan di Taman Tasik YDP Slim River, Perak ini turut dihadiri oleh Ydh. Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Hj. Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, Yb Ustaz Muhammad Zulfadli Zainal, Adun Slim, Yb Puan Salina Samsudin, Adun Behrang, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim Tuan Mohd Ikram Ahmad dan Ydh. Tuan Mohd Hasni Mohd Nasir, Ketua Polis Daerah Muallim.

Selain daripada acara kayuhan amal ini, sukarelawan UPSI juga membantu dalam Karnival Rakyat yang merupakan pelengkap program tersebut.

Dalam karnival rakyat ini, pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya gerai pameran dan pertunjukan khas seperti pertunjukan anjing pengesan unit K9 daripada PDRM, pertunjukan pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, demonstrasi penangkapan ular daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Muallim.

Turut hadir ke program Orang Besar Jajahan Muallim, Adun Slim, Adun Behrang, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim dan Ketua Polis Daerah Muallim.
YDP Sekretariat Himpunan Anak Kedah (HAK) UPSI Muhammad Sharofi Mohamad Sharif mengiringi Yb Puan Salina Samsudin, Adun Behrang, mengalungkan pingat kepada peserta kayuhan.

Selain itu, turut terdapat saringan pemeriksaan kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, senam cergas oleh Kementerian Belia dan Sukan dan pertandingan mewarna yang dikekola oleh Tadika CIC Proton City.

Program ini dihadiri kira-kira 500 orang awam yang memenuhi perkarangan Tasik YDP Slim River, Perak.

Sukarelawan UPSI telah menyumbang tenaga sepanjang program yang berlansung bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 1.30 petang.

Cik Nurul Nadia Syafiqah, Pegawai Media dan Komunikasi Baitul AL-Hilmi memberikan taklimat program kepada sukarelawan UPSI.
Antara tarikan semasa program iaitu pertunjukan khas anjing pengesan unit K9 daripada Polis Diraja Malaysia PDRM.

Sukarelawan UPSI telah terlibat dalam membantu unit media mengambil gambar program, menjadi urusetia yang menguruskan pendaftaran, menyediakan water station untuk peserta kayuhan.

Selain itu sukarelawan, UPSI juga membantu menyediakan sarapan dan makanan tengahari yang dilakukan secara rewang bersama-sama untuk semua krew dan peserta program.

Diharapkan agar program yang melibatkan kerjasama ramai pihak seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.