Oleh: Dr. Vestly Kong Liang Soon & Pollie Lim Poh Yue

Tanjong Malim, UPSI – Pada 1 Ogos 2024 merupakan pemakluman pemenang untuk pertandingan The Third International Competition On Sustainable Education 2024 (SUSED2024).  SUSED2024 merupakan sebuah pertandingan anjuran International Islamic University Malaysia (IIUM)yang telah berkolaborasi dengan beberapa institusi pengajian yang lain iaitu Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Flinders University yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa untuk mahasiswa/wi bertanding dari segi inovasi yang dihasilkan.

Pertandingan SUSED2024 ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada pelajar AT10 dalam bidang inovasi. Selain itu, pertandingan ini merupakan salah sebuah kaedah untuk membantu mencungkil bakat dan kreativiti terpendam yang dimiliki oleh mahasiswa AT10.

Di bawah bimbingan dan penyeliaan Dr. Vestly Kong Liang Soon yang juga merupakan penasihat Persatuan Mahasiswa Program Pendidikan Khas (PM2PK). Beliau telah menghantar sebanyak 17 penyertaan yang terdiri daripada mahasiswa semester 2 yang mengambil kursus kod tangan dan pascasiswazah peringkat sarjana dalam bidang pendidikan khas. Kesemua 17 penyertaan yang dihantar, mereka telah memenangi anugerah dari peringkat gold, silver dan bronze. Dr Vestly Kong Liang Soon juga telah memenangi Gold bagi Category A: Innovation in Teaching and Learning (Educator) yang mana beliau telah memenangi di bawah inovasi yang bertajuk Kit PAu-MBK: Authentic Learning Kit For Special Education Primary School Students With Learning Disabilities. Antara pemenang anugerah bagi Category B: Innovation In Teaching and Learning (Student) peringkat silver ialah kumpulan Catch Si Tupai Tanya, Zigzag Furniture, Pintar Hibrid, Almari Ajaib, Spin The Fruits, Permainan Seamals, Abang Fusion, Worship Home, Paksi Putaran Keluarga, Medixious Hearpro manakala bagi peringkat bronze pula ialah The Theater: The Performance Art, Dadu Lontaran Arah, Shoot Bravo dan Pembangunan Kit Media Interaktif Kegunaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas dalam Subjek Mengenali nama- nama negeri di Malaysia. Seterusnya terdapat 2 lagi penyertaan yang telah dihantar untuk Category C: Innovation in Educational Research (Educator) yang mana kedua-dua penyertaan ini berjaya mendapat anugerah silver.

Pertandingan ini merupakan penanda aras untuk membantu memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada mahasiswa AT10 dalam bidang inovasi untuk penghasilan bahan bantu mengajar untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah dalam pertandingan SUSED2024. Semoga mahasiswa AT10 dapat mengekalkan momentum ini dan dapat menjadi insan yang cemerlang dan holistik malah sentiasa mengharumkan nama persatuan dan jabatan pada masa yang akan datang. 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)