Oleh: Dr. Vestly Kong Liang Soon (Penyelaras Program) & Pollie Lim Poh Yue

Kuching, Sarawak – Buat julung kalinya, Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) secara pesisir berjaya dilaksanakan di Kuching, Sarawak pada 10 Ogos 2024 yang lalu. Program Sarjana Pendidikan ini merupakan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pembangunan Manusia khas untuk golongan pascasiswazah atau golongan pendidik di Wilayah Sarawak yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pendidikan. Perjalanan program pesisir ini diketuai oleh Dr. Vestly Kong Liang Soon selaku penyelaras program, Puan Zuraidah binti Maliki, Cik Siti Salwa binti Ahmad Fadzil, Cik Intan Syafinaz binti Azni selaku wakil daripada Fakulti Pembangunan Manusia, Cik Ain Husna binti Abu Bakar selaku wakil daripada Institut Pengajian Siswazah, Encik Muhamad Safri bin Hamzah selaku wakil daripada Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, Encik Mohamad Syamsul Hazim bin Sablee dan Encik Mohammad Hazim bin Bakhtiar selaku wakil daripada Jabatan Bendahari.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada golongan pascasiswazah terutamanya golongan pendidik di Wilayah Sarawak yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana.

Pelaksanaan Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) secara pesisir yang telah dilaksanakan di Kuching, Sarawak ini telah mendapat sambutan dan sokongan yang baik. Tambahan pula, boleh dikatakan program ini berjaya dari segi perancangan dan pelaksanaan, Hal ini kerana, pelaksanaan program ini telah membantu pihak fakulti untuk mengumpul penjanaan sebanyak RM 437,000.00. Tambahan pula, seramai 23 orang pascasiswazah daripada Wilayah Sarawak telah berjaya mendaftarkan diri dan bergelar anak kandung suluh budiman. Program ini dimulakan dengan kata aluan daripada Dr. Vestly Kong Liang Soon selaku penyelaras program, ikrar pascasiswazah yang mendaftar untuk program ini, Slot bersama beberapa jabatan seperti Fakulti Pembangunan Manusia, Institut Pengajian Siswazah, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Bendahari dan juga Penyerahan kit kepada semua pascasiswazah yang mendaftar.

Secara keseluruhannya, kejayaan ini boleh memberikan motivasi dan dorongan kepada pihak fakulti untuk meneruskan komitmen dan inisiatif ini dalam pelaksanaan program sarjana pendidikan secara pesisir di negeri dan daerah yang lain. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada fakulti untuk turut serta dalam usaha mempromosikan program pesisir di Malaysia. 

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)