Oleh: Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain
TANJONG MALIM, 26 Ogos 2024: Pejabat Karang Mengarang (PKM) menganjurkan Sesi Pengkongsian Ilmu Pengindeksan Buku kepada Staf PKM, Timbalan-timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) fakulti dan peserta jemputan PKM yang berlangsung di Bilik Seminar, Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB), UPSI. Sesi Perkongsian Ilmu disampaikan oleh Profesor Madya Dr Ramadhansyah Putra Jjaya dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dengan penglibatan seramai 24 orang peserta.
Pengarah PKM, Dr Nordiana Hamzah berkata Sesi Perkongsian ini bertujuan untuk memenuhi ranking Universiti yang mengkehendaki semua penerbit mengindekskan buku di Scopus, Elseiver, Springer dan Clarivate.
“Sesi ini memberi penerangan secara am dan khusus bagaimana cara mengindekskan buku. Saya berharap agar wakil fakulti dapat menyebarluaskan maklumat yang diterima kepada warga akademik fakulti” kata Dr Nordiana.
Menurut Dr Nordiana, UPSI akan menghantar permohonan bagi pengindeksan buku pada tahun ini atau tahun hadapan.
“Proses pengindeksan buku ini memakan masa yang panjang seperti juga permohonan pengindeksan jurnal di Scopus” tambah Dr Nordiana.
Dalam sesi ini, Dr Ramadhansyah memberi penerangan berkaitan penerbitan buku dan bab dalam buku selain penerbitan konferen termasuk berkongsi mengenai sasaran pilihan penerbit seperti Emerald Publishing, Scopus, Springer dan ScienceDirect.
Beliau turut berkongsi dengan panduan dan proses penerbitan buku daripada menjana idea hingga menghantar proposal, manuskrip, proses penerbitan dan pasca penerbitan. Pada sesi akhir, beliau turut berkongsi pengisian maklumat borang proposal bagi Elseiver S&T Book selain memberi penerangan permohonan dalam talian.