Oleh: Muhammad Safwan Ismail
Tanjong Malim, 24 Ogos- Pusat Islam UPSI dan Masjid Al-Mursyidin menerima kunjungan lawatan dari Masjid Al-Umm sempena Merdeka Bike Tours 2024.
Delegasi lawatan ini diketuai oleh Nazir Masjid Al-Umm, Ustaz Khairil Khuzairi Omar. Seramai 50 peserta konvoi santai Merdeka yang tiba di perkarangan Masjid disambut oleh Kakitangan Pusat Islam UPSI.
Lawatan ini dimulakan dengan tayangan video korporat UPSI dan Video Masjid Bestari seterusnya diikuti oleh Ucapan oleh Pengarah Pusat Islam UPSI merangkap Pengerusi Masjid Al-Mursyidin UPSI.
Sesi lawatan penuh ringkas namun bermakna ini diteruskan dengan sesi lawatan Galeri Pusat Islam disamping perbincangan pertukaran idea bagi mentransformasikan Program pengimarahan Masjid.
Sesi lawatan ini turut dibawa melihat ruang Solat utama Masjid sekaligus berjemaah bersama menunaikan Solat Fardu Zohor.
Diharapkan semoga program seperti ini mampu mengeratkan ukhwah antara Ahli Jawatankuasa Masjid dan Kakitangan Pusat Islam dalam merangka Program pada masa akan datang.