Oleh : Mohd Ali Abdul Malek

Penang, 16 Ogos – Seramai 13 delegasi yang terdiri daripada kakitangan Pusat Islam, Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Mursyidin dan wakil dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Penang.

Rombongan delegasi ini membawa misi yang penting iaitu ingin mengetahui tentang fasiliti dapur dan kaedah pengurusan gotong royong memasak di dalam bulan Ramadan dan program penyembelihan yang dilaksanakan di Pusat Islam, USM.

Pihak Pusat Islam, USM yang diwakili oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Iswandi Abdul Mokmin, berkongsi maklumat tentang penubuhan Pusat Islam, USM dan program-program hari kebesaran yang ada di Pusat Islam tersebut.

Selepas selesai sesi soal jawab diantara Pusat Islam, UPSI yang diwakili oleh Pengarah Pusat Islam, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Rahman dengan pihak Pusat Islam USM, delegasi terus dibawa menuju ke dapur Pusat Islam, USM untuk melihat barang-barang kelengkapan memasak.

Kebiasaanya apabila masuk bulan Ramadhan, pihak Pusat Islam USM dengan kerjasama Masjid Al-Malik Khalid menyediakan jamuan berbuka puasa sebanyak 3000 pek makanan setiap hari.

Selepas selesai meninjau peralatan-peralatan memasak di dapur, delegasi seterusnya di bawa ke tempat penyembelihan binatang korban. Banyak perkongsian maklumat yang dikongsikan oleh Pengarah Program bagi Unit Takmir Masjid Al-Malik Khalid, Ustaz Iswandi.

Semoga kerjasama yang terjalin erat diantara Pusat Islam, UPSI dengan pihak Pusat Islam, USM dapat menghasilkan impak yang tinggi bagi penambahbaikan dapur Masjid Al-Mursyidin, UPSI.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)