Oleh: Auni Nadhirah Saharudin, Muhd Asri Aliman dan Mahzuz Irfan Asmad

Tanjong Malim, 5 September 2024 – Pengetua Kolej Aminuddin Baki ,Encik Zulkifli Mamat hadir merasmikan karpet baharu Surau Al-Falah Kolej Aminuddin Baki dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Exco Kerohanian Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (MMKKAB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2024/2025.

Majlis ini berlangsung di Surau Al-Falah, Kolej Aminuddin Baki pada tanggal 5 September 2024 dan telah di sertai oleh 150 orang peserta.

Majlis dihadiri oleh barisan pengetua-pengetua kolej Universiti Pendidikan Sultan Idris, wakil daripada Waqaf, Endowment, Khairat dan Sadaqah (WEZAS), wakil daripada Jabatan Pengurusan Pembangunan dan harta benda (JPPHB), barisan pentadbiran kolej dan felo kolej Aminuddin Baki dan turut disertai oleh wakil mahasiswa kolej-kolej kediaman serta barisan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sidang 2024/2025.

Gambar Pengetua KAB (tengah) bersama pegawai tadbir pusat wezas (tengah kiri) dan dif-dif jemputan

Projek pemasangan karpet di surau Al-Falah telah siap sepenuhnya pada 19 Julai 2024 bersamaan dengan 13 Muharram 1446 H dan bertujuan bagi membolehkan para mahasiswa serta Jemaah yang berkunjung untuk solat dalam keadaan lebih selesa.

Majlis ini dianjurkan juga sebagai tanda penghargaan kepada pihak Waqaf, Endowment, Khairat dan Sadaqah (WEZAS) diatas tajaan sumbangan karpet surau Al Falah, elaun imam/bilal tarawih beserta sumbangan berbuka puasa berjumlah RM61,856.00 dan sekaligus melaksanakan simbolik perasmian karpet baharu yang akan di manfaatkan oleh seluruh penghuni Kolej Aminuddin Baki.

Melalui ucapan Encik Zulkifli Mamat, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penyumbang terutamanya pihak Wezas yang telah memberi sumbangan waqaf sehingga terlaksananya proses penggantian karpet.

Dalam majlis perasmian ini, beliau turut menyampaikan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha dan bekerjasama dalam projek pemasangan dari awal sehinggalah ia selesai di pasangkan

Gambar AJK Pelaksana Program Perasmian Karpet Surau Al-Falah

Melalui majlis perasmian ini, diharapkan ia menjadi satu permulaan ke arah pembanggunan fasiliti yang dapat di manfaatkan oleh seluruh mahasiswa dan penghuni kolej Aminuddin Baki.

Adapun dengan itu, semoga dengan adanya penambahbaikkan infrasturktur di surau Al-Falah Kolej Aminuddin Baki ia dapat menjadi satu medan penguat silaturrahim antara warga kolej serta mampu mencipta suasana yang penuh harmoni dengan kepelbagaian aktiviti terutamnya bagi memantapkan kerohanian penghuni sesuai dengan menjadikan mahasiswa holistik yang cemerlang dari sudut sahsiah diri