Disediakan oleh: Ainin Sofiya
Tanjong Malim, 6 September 2024 – Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menerima kunjungan hormat daripada Universitas Muhammadiyah Acheh (UNMUHA). Rombongan tersebut terdiri dari 13 orang ahli dan diketuai oleh Dekan Fakultas Psikologi UNMUHA, Dr. Barmawi serta disambut oleh Prof. Madya Dr. Hazalizah Hamzah, Ketua Jabatan Psikologi FPM, serta para pensyarah dan kakitangan FPM.
Sempena lawatan tersebut, program International Dialogue on Psychology’s Latest Issues telah dianjurkan. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan iZone, FPM, isu-isu terkini dalam bidang psikologi dibentangkan oleh tiga orang akademik UPSI dan sembilan orang pembentang dari UNMUHA.
Program ini bukan sahaja memperkukuh hubungan akademik antara UPSI dan UNMUHA tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk mengembangkan disiplin psikologi, khususnya dalam konteks serantau dan antarabangsa. Pertukaran idea dan penyelidikan melalui program ini telah membuka peluang untuk bekerjasama lebih mendalam pada masa hadapan.
Dengan kejayaan penganjuran program ini, FPM berharap dapat terus menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak institusi serantau, mempromosikan UPSI pada peringkat antarabangsa, serta memperkukuh kelestarian bidang psikologi.